Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian VI · Ejen Pengurusan
91. Penamatan perjanjian pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila perjanjian pengurusan yang dibuat di bawah subseksyen 86(2) ditamatkan, ejen pengurusan hendaklah—
tidak lebih daripada satu bulan dari penamatan itu, menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya akaun yang belum diaudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, dan menyerahkan kepada Pesuruhjaya suatu senarai lengkap aset dan liabiliti bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas itu dan semua rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah itu; dan
tidak lewat daripada tiga bulan dari penamatan itu, mengemukakan kepada Pesuruhjaya akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas.
Pengurusan Strata 111
Mana-mana ejen pengurusan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya perjanjian pengurusan ditamatkan, Pesuruhjaya boleh melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan atau tanah itu bagi suatu tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI