Skip to content

Seksyen 125

Dokumen atau ekshibit

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 125 of 248
Seksyen 125
(1)

Dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, dokumen atau ekshibit itu atau salinan dokumen atau ekshibit itu hendaklah disimpan di dalam

Mahkamah sementara menanti prosiding itu berakhir dan sehingga habis tempoh masa untuk rayuan.

(2)

Bagi maksud pengenalpastian, hendaklah juga ditanda sesuatu dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak.