Skip to content

Seksyen 128

Perbicaraan belum berakhir

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 128 of 248
Seksyen 128
(1)

Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana-mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan penghakiman.

(2)

Jika persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak diperoleh, maka hendaklah diadakan suatu perbicaraan semula.