Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Cara Memulakan Prosiding Mal
13. Bentuk permohonan
Feedback & support(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diangkat sumpah mengikut Akta ini.
(2)
Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon, dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu, dan melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan dalamnya.
(3)
Dalam sesuatu permohonan, penentang hendaklah disebut sebagai responden.
Pemakaian seksyen 9, 10, 11 dan 12