Seksyen 10
Pengeluaran dan penyampaian
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 10 of 248
Seksyen 10
(1)
Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan—
(a)
jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b)
jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,
Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor siri padanya, memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.
(2)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.