Skip to content

Seksyen 52

Bila dibenarkan

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 52 of 248
Seksyen 52
(1)

Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian sesuatu saman atau permohonan di luar bidang kuasa—

(a)

jika keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak di Wilayah-Wilayah

Persekutuan;

(b)

jika apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Wilayah-Wilayah Persekutuan;

(c)

jika tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Wilayah-Wilayah Persekutuan, seseorang di

40

Undang-Undang Malaysia luar bidang kuasa ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau

(d)

jika dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di

Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(2)

Tertakluk pada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendakdilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.