Seksyen 46
Tempat dan masa penyampaian
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Penyampaian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan bila-bila masa pada waktu siang dan malam.
(2)
Penyampaian selepas pukul 4.00 petang hendaklah pada lazimnya disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang berikutnya.
(3)
Penyampaian yang dilaksanakan selepas pukul 12.00 tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, hari kelepasan mingguan atau pada bila-bila masa pada mana-mana hari kelepasan am, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang mengikuti hari kelepasan itu.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
37