Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab I · Darihal Maklumat Kepada Hakim dan Pegawai Penguat Kuasa Agama

11. Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang yang bertindak menurut waran tangkap, atau mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang ada kuasa untuk menangkap, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang hendak ditangkap itu telah masuk ke dalam atau berada di dalam mana-mana tempat, maka orang yang tinggal di tempat itu atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh orang yang bertindak menurut waran itu atau Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu, membenarkannya bebas masuk ke dalamnya dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk penggeledahan dijalankan di dalamnya.

(2)

Jika kemasukan ke dalam tempat itu tidak dapat dibuat di bawah subseksyen (1), maka adalah sah, dalam apa-apa hal bagi seseorang yang bertindak menurut waran dan dalam apa-apa hal yang

Tatacara Jenayah Syariah 25

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh diperoleh tanpa memberi orang yang hendak ditangkap itu peluang untuk melarikan diri, bagi

Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu untuk memasuki tempat itu dan menggeledah di dalamnya, dan, untuk mendapatkan jalan masuk ke tempat itu, memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana tempat sama ada tempat itu dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh mana-mana orang lain jika, setelah memberitahu kuasa dan maksudnya dan setelah permintaan hendak masuk dibuat dengan sewajarnya, dia tiada jalan lain lagi untuk masuk.

Report

Bahagian IV

Maklumat Kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bahagian V

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

Darihal Penggantungan Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab

Darihal Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VI

Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules