Seksyen 22
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Seksyen 22
Seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang membuat suatu penangkapan tanpa waran di bawah Akta ini hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini tentang jaminan atau pelepasannya sebelum itu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu ke hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2)
Tiada Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran selama tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah dalam segala hal keadaan kes itu.
(3)
Tempoh itu tidak boleh melebihi dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
(4)
Apabila seseorang yang ditangkap itu dibawa ke hadapan
Mahkamah, Mahkamah hendaklah dengan serta-merta mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan kes itu.
(5)
Jika kes terhadap tertuduh ditangguhkan, maka tertuduh hendaklah, melainkan jika dia dilepaskan atas jaminan, ditahan di dalam penjara atau jagaan polis di bawah waran penahanan yang dikeluarkan oleh seorang Hakim dalam Borang 1 Jadual Kedua.
Melepaskan orang yang ditangkap