Seksyen 14
Tidak boleh dikenakan sekatan yang tidak perlu dan cara memeriksa seseorang
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 14 of 231
Seksyen 14
(1)
Orang yang ditangkap tidaklah boleh dikenakan sekatan lebih daripada yang perlu bagi mencegahnya melarikan diri.
(2)
Bilamana perlu untuk menyebabkan seseorang itu diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dengan memberikan perhatian tegas tentang kesopanan.