Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab I · Darihal Maklumat Kepada Hakim dan Pegawai Penguat Kuasa Agama

19. Enggan memberikan nama dan kediaman

Feedback & support
(1)

Apabila mana-mana orang melakukan atau dituduh melakukan suatu kesalahan tak boleh tangkap di hadapan seseorang

Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis dan enggan, apabila dikehendaki oleh pegawai itu, untuk memberikan nama dan kediamannya atau memberikan nama atau kediaman yang pegawai itu ada sebab untuk mempercayai adalah palsu, dia boleh ditangkap oleh pegawai itu untuk membolehkan nama dan kediamannya ditentukan, dan dia hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dari waktu dia ditangkap, tidak termasuk masa yang diperlukan bagi perjalanan dari tempat penangkapan itu, dibawa ke hadapan Hakim

Mahkamah Rendah Syariah yang terdekat melainkan jika sebelum itu nama dan kediamannya yang sebenar telah ditentukan dan dalam hal sedemikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki sedemikian.

(2)

Apabila mana-mana orang dibawa ke hadapan seorang Hakim

Mahkamah Rendah Syariah di bawah subseksyen (1), Hakim itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin, untuk hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki sedemikian, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia boleh dibicarakan.

(3)

Apabila mana-mana orang di hadapan seseorang Pegawai

Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis melakukan atau dituduh melakukan suatu kesalahan tak boleh tangkap dan apabila dikehendaki oleh pegawai itu supaya memberikan nama dan kediamannya, memberikan sebagai kediamannya, suatu tempat di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan, dia boleh ditangkap oleh pegawai itu dan hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Hakim

Mahkamah

Rendah

Syariah yang terdekat yang boleh menghendakinya supaya menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin, untuk hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki sedemikian, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia boleh dibicarakan.

Tatacara Jenayah Syariah 29

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian IV

Maklumat Kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bahagian V

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

Darihal Penggantungan Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab

Darihal Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VI

Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules