Seksyen 206
Peninggalan membentuk pertuduhan
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 206 of 231
Seksyen 206
(1)
Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tidak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat
Mahkamah rayuan, kegagalan keadilan telah disebabkan olehnya.
Tatacara Jenayah Syariah 125
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(2)
Jika Mahkamah rayuan berpendapat bahawa kegagalan keadilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.