Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

39. Penalti am dan cubaan, dsb., untuk melakukan kesalahan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti yang nyata diperuntukkan boleh apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan

(b)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(c)

bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] ) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya, melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Tabung Haji 33

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules