Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

42. Obligasi untuk menyimpan rahsia

Feedback & support
(1)

Tiada pegawai atau pekhidmat Lembaga atau orang lain yang mempunyai akses kepada apa-apa penyata, akaun, rekod, surat-menyurat, dokumen, maklumat atau apa-apa bahan lain yang diperoleh oleh sebab dia diambil kerja atau diambil khidmat oleh Lembaga boleh mendedahkan penyata, akaun, rekod, surat-menyurat, dokumen, maklumat atau bahan lain sedemikian kepada mana-mana orang lain melainkan jika pendedahan itu dibenarkan oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules