Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

41. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang dengannya kesalahan itu boleh dihukum.

(2)

Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(3)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut peruntukan seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

Undang-Undang Malaysia 34

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules