Skip to content

Seksyen 40

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 40 of 59

Seksyen 40

(1)

Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seseorang, yang dalam seksyen ini disebut “prinsipal”, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan atau hal-ehwal prinsipal itu atau membantu dalam pengurusan itu adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah yang patut diambil olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu, untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana prinsipal boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, termasuk pembatalan lesennya, kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekhidmat atau ejennya jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu.