Tabung Haji Act 1995 · Updated to 1 May 2014 · Bahagian VII · Pelbagai
43. Perlindungan bagi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen
Feedback & supportTiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga bertanggungan sendiri disebabkan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan semasa menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan salahnya yang disengajakan.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.