Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian V · Caj Pemajuan
35A. Perintah pemeliharaan pokok
Feedback & supportJika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan bahawa adalah suai manfaat bagi kepentingan keselesaan untuk memelihara mana-mana pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok dalam kawasannya, ia boleh membuat suatu perintah pemeliharaan pokok mengenai pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok itu.
Suatu perintah pemeliharaan pokok boleh, secara khusus, mengadakan peruntukan—
bagi melarang penebangan pokok kecuali dengan kebenaran bertulis dan tertakluk pada syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan; dan
bagi memastikan penanaman atau penggantian pokok melalui penanaman semula mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
Perenggan (2)(a) tidaklah terpakai bagi penebangan suatu pokok—
yang hampir mati atau telah mati;
bagi pencegahan bahaya yang hampir benar berlaku; atau
jika ia dilakukan sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam perintah pemeliharaan pokok melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
daripada *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dibuktikan bahawa suatu pokok telah ditebang hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pokok itu telah ditebang oleh penduduk tanah yang di atasnya pokok itu tumbuh.