Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian V · Caj Pemajuan
35D. Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok
Feedback & supportJika pemunya tanah yang tanahnya berhubungan dengan suatu perintah pemeliharaan pokok membuktikan bahawa dia, kerana mematuhi perenggan 35C(a) hingga (d), mengalami kerugian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, dia boleh menuntut pampasan daripada pihak berkuasa perancang tempatan.
Suatu tuntutan pampasan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan—
dalam masa enam bulan dari tarikh—
perintah pemeliharaan pokok;
penolakan suatu kebenaran bertulis atau pengenaan syarat-syarat di bawah perenggan 35A(2)(a); atau
perintah untuk menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b), diberitahu kepada pemunya tanah itu; atau
jika rayuan dibuat di bawah subseksyen 35C(1), dalam masa enam bulan dari tarikh keputusan Lembaga Rayuan mengesahkan perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat yang dirayu itu.
Jika pemunya tanah itu tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diawardkan, dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh award itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau mengubah amaun pampasan yang diawardkan itu.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 172