Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian V · Caj Pemajuan

35E. Penggantian pokok

Feedback & support
(1)

Maka menjadi suatu kewajipan kepada orang yang didapati bersalah di bawah subseksyen 35A(4) kerana menebang mana-mana pokok yang berkenaan dengannya suatu perintah pemeliharaan pokok berkuat kuasa pada masa ini, yang berlanggaran dengan perintah pemeliharaan pokok itu, menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok yang lain—

(a)

daripada saiz dan spesies yang sesuai;

(b)

di tempat yang sama atau berdekatan dengan tempat yang sama atau tempat lain;

(c)

dalam masa; dan

(d)

tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat, yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan melainkan jika atas permohonan orang itu atau atas permohonan mana-mana orang lain atau mengikut budi bicara pihak berkuasa perancang tempatan itu sendiri pihak berkuasa perancang tempatan mengetepikan kehendak ini.

(2)

Masa yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah perenggan 1(c) bagi penggantian pokok boleh dilanjutkan sekali atas permohonan orang yang berkewajipan menggantikan pokok itu.

(3)

Mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a)

penolakan untuk mengetepikan kehendak menggantikan pokok di bawah perenggan (1);

(b)

mana-mana perintah yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) atau (b);

(c)

mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(d); atau

Perancangan Bandar dan Desa 83

(d)

penolakan untuk melanjutkan masa di bawah subseksyen (2), boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh orang itu diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan terma dan syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

(4)

Berhubung dengan mana-mana pokok yang ditanam semula di bawah subseksyen (1), perintah pemeliharaan pokok yang berkaitan hendaklah terpakai baginya sebagaimana ia terpakai bagi pokok asal.

(5)

Jika orang yang berkewajipan untuk menggantikan pokok di bawah subseksyen (1) gagal berbuat sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggantikan pokok jika orang yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat sedemikian

Report

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai