Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian V · Caj Pemajuan

35H. Larangan untuk memotong, dsb., pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa perancang tempatan menebang suatu pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter yang tidak tertakluk pada suatu perintah pemeliharaan pokok, melainkan jika penebangan itu—

(a)

adalah berkenaan dengan pokok sedemikian yang hampir mati atau telah mati;

(b)

adalah bagi pencegahan bahaya yang hampir benar berlaku;

atau

(c)

adalah sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), lilitan suatu pokok hendaklah diukur setengah meter dari bumi dengan syarat bahawa lilitan pokok yang berbanir hendaklah diukur ke atas dari banir itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi daripada *sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai