Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai

47. Pengesahan dokumen

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pelan, peta, kebenaran merancang, perintah, permit atau notis yang disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah, menurut, atau bagi maksud, Akta ini hendaklah dimeterai dengan meterai pihak berkuasa perancang tempatan yang hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi atau yang dipertua pihak berkuasa perancang tempatan atau seseorang orang diberi kuasa.

(2)

Suatu perakuan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang memperakui bahawa suatu dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

Perancangan Bandar dan Desa 99

yang berupa sebagai disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu telah disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui sedemikian itu.

Report