Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai
48. Bukti dokumentar
Feedback & supportTiap-tiap dokumen yang disebut dalam seksyen 47 dan dimeterai secara yang ditetapkan di dalamnya dan tiap-tiap dokumen dalam bentuk resit, permohonan, rekod, atau daftar yang dikeluarkan, dibuat, atau disenggarakan di bawah, menurut, atau bagi maksud,
Akta ini hendaklah diterima sebagai bukti mengenai kandungan dokumen itu.
Suatu salinan bagi mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika diperakui oleh pengerusi atau yang dipertua pihak berkuasa perancang tempatan, hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai perkara dan urusan yang dinyatakan di dalamnya dalam mana-mana hal yang, dan pada takat yang sama seperti, salinan asal dokumen itu tentu akan diterima sedemikian jika dikemukakan.