Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai

58. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan maksud Akta ini.

*(1A) Majlis boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan apa-apa perkara dalam Akta ini.

*(1B) Jika mana-mana kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa

Negeri tidak selaras dengan kaedah yang dibuat oleh Majlis, kaedah yang dibuat oleh Majlis hendaklah mengatasi kaedah yang dibuat oleh

Pihak Berkuasa Negeri dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa

Negeri hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal.

(2)

Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengadakan peruntukan—

(a)

peraturan pemajuan tanah mengikut perancangan yang wajar;

(b)

kelas penggunaan tanah dan bangunan atau bahagiannya;

(c)

pengawalan ketumpatan, luas lantai, nisbah plot, kawasan plinth, dan penggunaan tanah dan bangunan;

(d)

pengawalan ketinggian, reka bentuk, rupa, dan tapak bina bangunan, dan mengadakan tempat parkir, jarak undur, dan tanah lapang;

(e)

pengawalan jalan masuk ke tanah dan bangunan;

(f)

perlindungan bagi monumen lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina;

(g)

butir-butir bentuk dan kandungan rancangan struktur dan rancangan tempatan, tatacara yang akan diikuti dalam

*CATATAN—Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Kelantan dan Terengganu–lihat Kn. P.U. 34/2003

dan Tr. G.N. 54/2003.

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

penyediaan, pengemukaan, dan kelulusannya, bentuk dan cara rancangan itu disiarkan, dan bentuk notis yang berhubungan dengannya;

(h)

kelayakan orang yang boleh menyediakan atau mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud Akta ini;

(i)

bentuk yang permohonan untuk kebenaran merancang boleh dibuat, butir-butir yang hendak diberikan dalam permohonan itu, dan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur yang hendak dikemukakan bersama-sama permohonan itu dan bentuk serta skalanya;

(j)

fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;

(k)

pendaftaran permohonan dan bentuk, dan butir-butir yang akan terkandung dalam daftar;

(l)

menetapkan apa-apa yang boleh, atau dikehendaki, ditetapkan di bawah Akta ini.

(3)

Jika apa-apa kaedah yang dibuat di bawah perenggan (2)(h)

tidak termasuk seseorang yang berhak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk menyediakan dan mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa, hak orang itu tidak terjejas.

Report