Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai

52A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu hendaklah, pertubuhan perbadanan itu juga, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuan itu.

Report