Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian III · Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

10. Fungsi Lembaga

Feedback & support

Fungsi Lembaga adalah—

(a)

menyimpan dan menyenggara Daftar, Daftar Percubaan dan

Daftar Firma;

(b)

meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan mana-mana permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkannya patut dikenakan;

(c)

mengadakan prosiding tatatertib mengikut Bahagian VII;

(d)

mengadakan atau menyebab diadakan peperiksaan bagi orang yang berhasrat hendak melayakkan diri mereka untuk pendaftaran di bawah Akta ini;

(e)

menetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri, fi yang kena dibayar di bawah Akta ini termasuk skala fi yang dikenakan oleh penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta bagi nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan itu;

(f)

mendengar dan memutuskan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta atau melantik suatu jawatankuasa atau seorang timbang tara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian itu;

(g)

menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta dan menetapkan standard amalan profesional;

(h)

mengawardkan biasiswa kepada orang yang menjalani kursus profesional dalam bidang penilaian, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, atau mana-mana bidang yang berkaitan dan untuk mengawardkan bantuan atau derma bagi penggalakan profesion itu;

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 19

dan Pengurus Harta

(ha)

melantik anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang dibentuk bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan profesion itu atau mana-mana profesion yang berkaitan;

(hb)

meminjam atau dengan apa-apa cara mendapatkan wang untuk membeli atau memajak apa-apa harta tak alih yang dikehendaki oleh Lembaga dan melupuskan atau menguruskan harta itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga;

(hc)

menetapkan kaedah-kaedah mengenai pengambilan insurans tanggung rugi profesional bagi penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta terhadap apa-apa kelas liabiliti profesional;

(hd)

menetapkan standard, arahan, surat pekeliling atau garis panduan untuk melaksanakan peruntukan Bahagian III hingga Bahagian

VIII;

(he)

memegang secara amanah wang dalam pertikaian antara seorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, dengan klien atau pihak ketiga dalam suatu kontrak bagi perkhidmatan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, apabila difikirkan perlu oleh Lembaga;

(i)

pada amnya, melakukan segala perbuatan, perkara dan benda yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Bahagian III hingga

Report

Bahagian VIII

Bahagian VIII.

Bahagian IV

Daftar

Bahagian V

Penilai dan Pentaksir

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules