Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain
24. Pembatalan, penggantungan dan teguran
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, jika seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta atau penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan yang namanya telah
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
dimasukkan dalam Daftar atau Daftar Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan —
telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak;
telah didapati memperoleh pendaftaran atau kuasanya untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini secara fraud atau salah nyataan;
telah ditarik balik atau dibatalkan kelayakannya di bawah seksyen 18, 22D atau 22H oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperolehi atau olehnya kelayakan itu diberikan;
telah melanggari atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;
telah tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya ia didaftarkan;
telah enggan atau cuai mematuhi apa-apa perintah Lembaga yang bertindak di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;
telah didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa salah laku profesional atau atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah keji atau mengaibkan;
telah membenarkan mana-mana orang yang tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta atas namanya;
telah menjalankan sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta; atau
telah menjual, memajak, menyewa kecil, memindahkan atau selainnya membenarkan mana-mana orang lain untuk
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 55
dan Pengurus Harta menggunakan kuasanya untuk menjalankan amalan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini,
Lembaga boleh membuat suatu perintah—
membatalkan pendaftarannya di bawah Bahagian yang berkenaan Daftar yang berkenaan;
menggantung amalannya selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun;
menegurnya dan merekodkan teguran itu dalam Daftar yang berkenaan;
menegurnya atau mengenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan merekodkan teguran atau denda itu dalam Daftar yang berkenaan;
mengenakan denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan merekodkan denda itu dalam Daftar yang berkenaan dan supaya dia digantung daripada menjalankan amalan sehingga denda itu dibayar;
melarangnya daripada membuat permohonan kepada Lembaga bagi pendaftaran sehingga semua syarat yang ditentukan oleh
Lembaga telah dipatuhi;
memberi amaran kepadanya; atau
menolak pertuduhan.
Jika Lembaga membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(ii)
hingga (v), Lembaga boleh, sebagai tambahan, memerintahkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat membayar kepada Lembaga kos prosiding tidak melebihi lima ribu ringgit, dan denda serta kos itu hendaklah boleh didapatkan kembali sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
Lembaga tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen
atau (1A) melainkan jika—
suatu pendengaran telah diadakan yang tidak kurang daripada sepuluh anggota Lembaga hadir; dan
suatu peluang untuk didengar, sama ada dengan atau tanpa bantuan peguam, telah diberi kepada orang yang menghadapi tindakan tatatertib.
Tiada perintah penggantungan amalan atau pembatalan pendaftaran boleh berkuat kuasa—
jika tiada rayuan difailkan, sehingga rayuan itu habis tempoh;
atau
jika suatu rayuan difailkan, sehingga Lembaga Rayuan mengesahkan keputusan itu.
Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan (1)(i)
dan (ii) hendaklah disiarkan dalam suatu akhbar atau apa-apa media lain termasuk media elektronik sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga jika tiada rayuan terhadap perintah itu telah dibuat di bawah seksyen 27 dan 29 dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.
Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan
, (iv) dan (v) boleh disiarkan dalam apa-apa penerbitan yang difikirkan patut oleh Lembaga jika tiada rayuan terhadap perintah itu dibuat di bawah seksyen 27 dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.
Jika suatu rayuan dibuat dan kemudiannya ditarik balik maka perintah itu hendaklah disiarkan dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan notis yang menarik balik rayuan itu.
Jika rayuan itu diteruskan dan keputusan Lembaga Rayuan mengandungi suatu pembatalan pendaftaran atau penggantungan perintah amalan maka perintah itu hendaklah disiarkan dalam tempoh dua puluh satu hari selepas perintah itu dibuat.
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 57
dan Pengurus Harta