Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
17. Pendaftaran penilai dan pentaksir
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak untuk mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian I atau II, mengikut mana-mana yang berkenaan, Daftar setelah membuat permohonan kepada
Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—
dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;
dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;
dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan;
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 27
dan Pengurus Harta
dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan;
dia tidak memberikan maklumat yang palsu;
dia telah memenuhi kehendak seksyen 18;
dia telah membuat akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;
dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
dia tidak digantung daripada menjalankan amalan perejenan harta tanah atau pengurusan harta dan juga namanya tidak dibatalkan daripada Daftar.
Walau apa pun perenggan (1)(e), seseorang yang hilang kelayakan daripada menjalankan amalan atau pengurusan harta boleh, jika Lembaga berpendapat dia sesuai untuk menjalankan amalan penilaian, untuk mendapatkan namanya dimemasukkan di bawah Bahagian I Daftar sebagai penilai.
Mana-mana Jurukur (Amalan Am) berdaftar yang, sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, telah mendaftarkan namanya di bawah *Akta
Pendaftaran Jurukur 1967 hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, memindahkan namanya ke dalam Bahagian I Daftar tanpa membayar apa-apa fi:
Dengan syarat bahawa selama satu tahun selepas mula berkuat kuasanya
Akta ini orang itu boleh terus menjalankan amalan di bawah peruntukan *Akta
Pendaftaran Jurukur 1967.
Mana-mana orang yang membuat permohonan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini untuk pendaftaran di bawah Bahagian II Daftar berhak untuk mendapatkan namanya didaftarkan sedemikian jika dia—
* CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487].
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini telah menjadi seorang pentaksir berlesen di bawah mana-mana jua daripada berbagai-bagai undang-undang yang berhubungan dengan pelesenan pentaksir dalam Malaysia dan bahawa pada amnya perniagaannya sebagai seorang pentaksir berlesen telah menjadi pekerjaan utamanya selain perniagaannya sebagai seorang ejen harta tanah, dan bahawa dia telah memberi khidmat kepada kliennya yang pada keseluruhannya memuaskan hati mereka itu; dan
memenuhi atau mematuhi peruntukan perenggan (1)(a), (c), (d)
dan (e).
Bagi memuaskan hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1) dan (3), Lembaga boleh meminta pemohon mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen sebagaimana yang difikirkan berkaitan oleh
Lembaga.