Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Firma
23. Amalan oleh firma
Feedback & supportTiada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar boleh menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta atau mempunyai hak untuk mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi,
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan olehnya menurut amalannya melainkan jika dia menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal suatu ketuanpunyaan tunggal, pekongsi suatu perkongsian, pemegang syer atau pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang didaftarkan dengan Lembaga, atau sebagai pekerja ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu.
Sesuatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan boleh memohon kepada Lembaga bagi pendaftaran untuk menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta dalam borang dan mengikut cara, dan disertakan dengan fi, yang ditetapkan oleh Lembaga.
Sesuatu ketuanpunyaan tunggal yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh didaftarkan oleh Lembaga melainkan jika—
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu merupakan penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
kepentingan dalam ketuanpunyaan tunggal itu terletak hak semata-mata pada tuan punya tunggal itu; dan
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu telah memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
Sesuatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh didaftarkan oleh Lembaga melainkan jika—
semua pekongsi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan perbadanan itu adalah—
dalam hal suatu amalan penilaian—
semata-mata penilai berdaftar;
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 47
dan Pengurus Harta
suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar ; atau
suatu gabungan penilai berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
dalam hal suatu amalan pentaksiran—
semata-mata pentaksir berdaftar;
suatu gabungan pentaksir berdaftar, penilai berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar; atau
suatu gabungan pentaksir berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
dalam hal suatu amalan perejenan harta tanah—
semata-mata ejen harta tanah berdaftar;
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar, penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan pengurus harta berdaftar; atau
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain; dan
dalam hal suatu amalan pengurusan harta—
semata-mata pengurus harta berdaftar;
suatu gabungan pengurus harta berdaftar, penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
suatu gabungan pengurus harta berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
syer dalam perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu dipegang—
dalam hal suatu amalan penilaian, semata-mata oleh penilai berdaftar;
dalam hal suatu amalan pentaksiran, semata-mata oleh pentaksir berdaftar;
dalam hal suatu amalan perejenan harta tanah, semata-mata oleh ejen harta tanah berdaftar;
dalam hal suatu amalan pengurusan harta, semata-mata oleh pengurus harta berdaftar; dan
dalam hal suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang semua pekongsi bagi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan perbadanan itu adalah suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain—
dalam hal suatu amalan penilaian, oleh suatu majoriti penilai yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti;
dalam hal suatu amalan pentaksiran, oleh suatu majoriti pentaksir yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti;
dalam hal suatu amalan perejenan, oleh suatu majoriti ejen harta tanah yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 49
dan Pengurus Harta
dalam hal suatu amalan pengurusan harta, oleh suatu majoriti pengurus harta yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti.
ia memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
Walau apa pun subseksyen (2), tiada ejen harta tanah yang merupakan suatu firma boleh menjalankan pengurusan harta melainkan jika semua pekongsinya, dalam hal suatu perkongsian, atau semua pemegang syer dan pengarahnya, dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dibenarkan oleh
Lembaga untuk menjalankan pengurusan harta dan ia hanya boleh menjalankan pengurusan harta bagi kategori harta yang diluluskan oleh
Lembaga.
Tiada penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar boleh, melainkan jika Lembaga meluluskan sedemikian secara bertulis, menjadi atau terus menjadi tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah lebih daripada satu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah selepas seksyen ini mula berkuat kuasa.
Tiada pengurus harta berdaftar boleh, melainkan jika Lembaga meluluskan sedemikian secara bertulis, menjadi atau terus menjadi tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah lebih daripada satu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan amalan pengurusan harta.
Walau apa pun subseksyen (2), (4) atau (4A), Lembaga hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu firma jika Lembaga mendapati bahawa—
firma itu atau mana-mana pekongsi atau pengarahnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak melaksanakan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga semasa memberikan kelulusan;
komposisi pekongsi dalam perkongsian atau pengarah pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian,
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
pemegangan syer bagi perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
mana-mana pekongsi bagi perkongsian atau pengarah bagi pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta , sama ada pekongsi atau pengarah itu merupakan seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar atau selainnya, melakukan, atau telah menyumbang kepada, mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau
; dan
firma itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
Jika seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar telah, sebelum seksyen ini sebagaimana yang dipinda mula berkuat kuasa, menjadi tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah lebih daripada satu firma, maka, dalam masa dua tahun dari tarikh seksyen ini sebagaimana yang dipinda mula berkuat kuasa, dia hendaklah melepaskan ekuitinya dalam semua kecuali satu firma itu melainkan jika Lembaga meluluskan yang sebaliknya secara bertulis.
Seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar hendaklah—
dalam masa satu bulan dari dia menjadi seorang tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah sesuatu firma;
atau
dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan dalam perkongsian, pemegangan syer atau pengarahan sesuatu firma,
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 51
dan Pengurus Harta