Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IV · Daftar

14. Daftar

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara—

(a)

suatu Daftar Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus

Harta yang hendaklah dalam empat Bahagian:

(i)

Bahagian I yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai penilai berdaftar;

(ii)

Bahagian II yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai pentaksir berdaftar;

(iii)

Bahagian III yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai ejen harta tanah berdaftar; dan

(iv)

Bahagian IV yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai pengurus harta berdaftar;

(b)

suatu Daftar Penilai Percubaan, Ejen Harta Tanah Percubaan dan

Pengurus Harta Percubaan yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan dan pengurus harta percubaan; dan

(c)

suatu Daftar Firma yang hendaklah dalam empat Bahagian:

(i)

Bahagian I yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai penilai;

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 23

dan Pengurus Harta

(ii)

Bahagian II yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai pentaksir;

(iii)

Bahagian III yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai ejen harta tanah; dan

(iv)

Bahagian IV yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai pengurus harta.

(1A)

(Dipotong oleh Akta A980).

(2)

Daftar itu hendaklah disimpan dan disenggara di pejabat Lembaga dan hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang apabila dibayar suatu fi yang ditetapkan oleh Lembaga.

(3)

Tiada apa-apa pindaan atau perubahan boleh dibuat dalam Daftar itu tanpa perkara itu diputuskan terlebih dahulu dalam suatu mesyuarat Lembaga dan keputusan yang direkodkan dalam minit mesyuarat itu dan semua pindaan atau perubahan dalam Daftar itu hendaklah ditandatangan ringkas oleh

Pendaftar.

(4)

Jika sekiranya suatu perintah atau keputusan membatalkan, menggantung atau memasukkan semula atau sekiranya apa-apa perintah atau keputusan lain yang menyentuh, pendaftaran mana-mana penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta, atau mana-mana penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan, atau ejen harta tanah percubaan atau mana-mana firma di bawah peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu catatan dibuat dalam Daftar yang sesuai.

(5)

Tiap-tiap orang yang namanya terdapat dalam Daftar Ejen Harta Tanah di bawah subseksyen (1A) yang dipotong sebelum pemotongan itu mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dipindahkan ke Bahagian III Daftar.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

Pendaftar

Report

Bahagian V

Penilai dan Pentaksir

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules