Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII
30. Section 30
Feedback & supportSeseorang yang—
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 61
dan Pengurus Harta
mendapatkan atau cuba mendapatkan pendaftaran atau suatu kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini dengan diketahuinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan apa-apa akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau sebaliknya;
dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam Daftar atau Daftar Percubaan atau Daftar Firma;
memalsukan, mengubah atau melancung apa-apa perakuan, testimonial, perintah atau kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini;
mengedarkan atau mengguna apa-apa kuasa yang dipalsukan, diubah atau dilancung untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini dengan mengetahui yang kuasa itu telah dipalsu, diubah atau dilancung;
menyamar diri sebagai seorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar;
membeli atau secara fraud memperoleh suatu kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada seorang lain;
(Dipotong oleh Akta A1550).
bukannya seorang yang bertindak di bawah arahan dan penyeliaan diri secara langsung seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang menjalankan atau mengaku janji hendak menjalankan apa-apa kerja yang diperuntukkan di bawah seksyen 19, 22B atau 22I ;
bertindak dengan melanggar seksyen 21, 22C atau 22J ; atau
membantu dan bersubahat dalam pelakuan kesalahan di bawah
Akta ini,
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dia boleh didenda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari semasa kesalahan itu berterusan.
Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa kuasa yang sah—
bertindak sebagai seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta bagi mana-mana pihak atau bertindak atas apa-apa sifat sebagai seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta sama ada matlamat asas atau utama perniagaannya ialah penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta atau sama ada apa-apa bahagian sampingan perniagaannya merupakan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta; atau
dengan sengaja atau dengan palsu berpura-pura menjadi, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia mempunyai kelayakan atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak sebagai, seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta , atau bahawa dia mempunyai kelayakan atau kuasa sedemikian menurut undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada kos, komisen, fi, upah atau apa-apa balasan lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang tidak diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dituntut dalam mana-mana mahkamah.