Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian III · Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

9. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

Feedback & support
(1)

Hendaklah ditubuhkan suatu lembaga bernama Lembaga Penilai,

Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang dilantik oleh

Menteri:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang Dipertua

Lembaga;

(b)

enam orang penilai berdaftar daripada perkhidmatan awam;

(c)

empat orang penilai berdaftar yang mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman profesional sebagai penilai dan telah dinamakan oleh Institut Juruukur (Malaysia) atau badan profesional lain yang diiktiraf dari semasa ke semasa oleh

Lembaga sebagai mewakili penilai;

(cc)

tiga orang ejen harta tanah berdaftar yang dinamakan oleh Yang

Dipertua Lembaga yang mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman sebagai ejen harta tanah;

(d)

tiga orang penilai berdaftar yang dinamakan oleh Yang Dipertua

Lembaga.; dan

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 17

dan Pengurus Harta

(e)

tiga orang pengurus harta berdaftar yang dinamakan oleh Yang

Dipertua Lembaga.

(3)

Orang yang disebut dalam perenggan (2)(c), (cc), (d) dan (e) hendaklah warganegara dan menjalankan amalan profesion mereka dalam Malaysia.

(4)

Jika badan yang disebut dalam perenggan (2)(c) tidak mengemukakan panel penilai dalam tempoh tiga bulan setelah diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau tiada badan profesional yang mewakili penilai,

Menteri boleh membuat pelantikan yang disebut dalam perenggan itu atas nasihat Ketua Pengarah.

(5)

Berkenaan dengan orang yang pertama sekali dilantik menjadi anggota

Lembaga, orang yang dilantik itu hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas

Lembaga mula ditubuhkan itu didaftarkan di bawah peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini sebagai penilai berdaftar.

(5A)

Berkenaan dengan orang yang pertama sekali dilantik menjadi anggota

Lembaga yang tersebut dalam perenggan (2)(cc), orang yang dilantik itu hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelantikan mereka didaftarkan di bawah peruntukan yang berkaitan dengan Akta ini sebagai ejen harta tanah berdaftar.

(6)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah peruntukan perenggan

(2)

(b)

, (c), (cc), (d) dan (e) hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun atau selama tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang disebut oleh

Menteri dan mereka itu layak dilantik semula.

(7)

Jika mana-mana anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatan atau jawatannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah dilantik dengan seberapa segera yang boleh dipraktikkan mengganti tempatnya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan orang yang digantinya itu.

(8)

Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

(9)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda

Jadual Pertama.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

Report

Bahagian VIII

Bahagian VIII.

Bahagian IV

Daftar

Bahagian V

Penilai dan Pentaksir

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules