Seksyen 3
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen-Ejen Harta Tanah 1981
ActIn forceProvision 3 of 9
Seksyen 3
(1)
Hendaklah dilantik dalam Kementerian Kewangan seorang pegawai yang akan dinamakan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan beberapa orang Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai sebagaimana yang dikehendaki bagi pentadbiran Akta ini.
(2)
Selepas suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, tiada seorang pun boleh dilantik untuk memegang jawatan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah melainkan jika dia seorang penilai berdaftar.