Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Bahagian VIII.
12. Section 12
Feedback & supportSemua fi, denda dan kos yang kena dibayar di bawah Akta ini dan semua wang lain yang genap masanya dibayar kepada Lembaga di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa wang lain yang dibayar kepada Lembaga hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Lembaga Penilai, Pentaksir,
Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.
Kumpulan Wang itu boleh digunakan untuk—
membayar gaji, saraan dan elaun kakitangan yang bekerja dengan Lembaga;
membayar bayaran kerana perkhidmatan profesional dan perkhidmatan lain yang dikehendaki oleh Lembaga dan yang diberi kepada Lembaga;
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 21
dan Pengurus Harta
membayar kos kelengkapan pejabat, alat tulis, perabot dan benda lain yang dikehendaki oleh Lembaga;
membayar kepada anggota Lembaga atau Lembaga Rayuan apa-apa fi dan elaun perjalanan serta elaun saraan hidup yang berpatutan kerana menghadiri mesyuarat Lembaga atau
Lembaga Rayuan sebagaimana diluluskan dari semasa ke semasa oleh Menteri;
membayar belanja pendaftaran dan belanja pentadbiran lain, belanja apa-apa penyelidikan, penyiasatan, kajian, persidangan atau seminar dan belanja pencetakan atau penerbitan semua borang, jurnal, brosur, buku panduan, risalah, iklan dan dokumen lain yang berkaitan dengan fungsi atau tugas Lembaga;
membayar sewa, fi, dius, kadar, premium, pampasan dan bayaran lain yang Lembaga mungkin dikehendaki membayarnya;
membayar wang untuk award, bantuan dan derma yang dibuat oleh Lembaga;
membeli atau memajak apa-apa harta tak alih yang dikehendaki oleh Lembaga; dan
menjalankan segala fungsi lain Lembaga.
Wang yang tidak dikehendaki dengan segera boleh dilaburkan dalam apa-apa harta tak alih atau dalam apa-apa pelaburan yang dinyatakan di bawah seksyen 4 Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.