Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IV · Daftar

16. Kuasa untuk menjalankan amalan

Feedback & support
(1)

Pendaftar hendaklah, apabila diterima suatu fi yang ditetapkan oleh

Lembaga dengan kelulusan Menteri, mengeluarkan kepada tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan, suatu kuasa untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan oleh Lembaga dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan.

(1A)

Bagi maksud subseksyen (1), kuasa untuk menjalankan amalan sebagai seorang pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar perseorangan hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa amalan itu adalah menurut seksyen 23.

(2)

Kuasa untuk menjalankan amalan hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tamat pada 31 hari bulan Disember dalam tahun kuasa itu dikeluarkan dan hendaklah selepas itu dibaharui tiap-tiap tahun dengan membayar fi yang ditetapkan itu dan apabila pemohon memenuhi dan mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 25

dan Pengurus Harta

(3)

Suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah

*Akta

Pendaftaran Jurukur 1967 [Akta 67 tahun 1967] yang, sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, telah dikeluarkan kepada seorang Jurukur (Amalan Am)

berdaftar hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 17(2), digantikan oleh

Lembaga dengan suatu kuasa untuk menjalankan amalan dengan tidak membayar fi yang ditetapkan itu.

(4)

Suatu kuasa untuk menjalankan amalan yang dikeluarkan yang mengandungi kesilapan atau ketinggalan boleh diminta semula oleh Pendaftar dan suatu kuasa baru hendaklah dikeluarkan dengan tidak dikenakan bayaran.

(5)

Suatu salinan pendua kuasa untuk menjalankan amalan boleh dikeluarkan oleh Lembaga apabila permohonan dibuat oleh seorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar dan apabila dibayar suatu fi yang ditetapkan oleh Lembaga dan permohonan itu hendaklah disertai dengan suatu kenyataan yang menerangkan sebab permohonan itu dibuat.

(6)

Suatu salinan pendua kuasa untuk menjalankan amalan hendaklah bertanda “Pendua” dengan jelasnya dan hendaklah mengandungi semua butir yang ditunjukkan dalam naskhah asal.

(7)

Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar —

(a)

yang merupakan seorang pekerja, hendaklah, dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan pekerjaan, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai nama, alamat perniagaan dan butir-butir lain majikannya yang dahulu serta majikannya yang baru;

(b)

yang bukan seorang pekerja, hendaklah, dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan dalam nama, alamat perniagaan, perkongsian, pemegangan syer atau pengarahan amalannya atau apa-apa perubahan dalam penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang menjalankan amalan di bawah penggajiannya atau di bawah

*CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487].

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

penggajian firmanya, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai perubahan itu, dan perubahan itu hendaklah dimasukkan dalam Daftar yang sesuai.

(7A)

Bagi maksud perenggan (7)(b), suatu notis yang diberikan oleh pekongsi, pemegang syer atau pengarah orang yang berkenaan hendaklah disifatkan sebagai mematuhi dengan secukupnya perenggan itu.

(7B)

Perenggan (7)(a) hendaklah juga terpakai bagi penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan dan pengurus harta percubaan dan apa-apa perubahan hendaklah dimasukkan dalam Daftar Percubaan dengan sewajarnya.

(8)

Pendaftar boleh pada tiap-tiap tahun menerbit dan menawar untuk jualan salinan Daftar itu.

Report

Bahagian V

Penilai dan Pentaksir

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules