Seksyen 13
Penyelesaian tuntutan terhadap angkatan pelawat
Menteri boleh membuat perkiraan yang menurutnya tuntutan berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan anggota angkatan pelawat, atau orang lain atau organisasi yang berkaitan dengannya yang dimaksudkan oleh perkiraan itu, yang berupa perbuatan atau peninggalan daripada apa-apa perihalan yang dimaksudkan oleh perkiraan itu, akan ditunaikan melalui pembayaran yang dibuat oleh
Menteri apa-apa amaun yang dihukum oleh mana-mana mahkamah
Malaysia atau yang dipersetujui antara pihak yang menuntut dengan
Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diperuntukkan oleh perkiraan itu; dan apa-apa perbelanjaan Menteri yang dilakukan dalam menunaikan tuntutan menurut apa-apa perkiraan yang sedemikian atau selainnya berkaitan dengan perkiraan itu hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen.
(2)
Menteri hendaklah mengambil apa-apa langkah yang dikehendaki bagi memastikan bahawa orang yang berkenaan dengan mana-mana perkiraan yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini dimaklumkan mengenai sifat dan pelaksanaan perkiraan itu.
Angkatan Pelawat 21