Skip to content

Seksyen 14

Keterangan bagi maksud Bahagian II

of Akta Angkatan Pelawat 1960

ActIn forceProvision 14 of 19
Seksyen 14

(2)

Bagi maksud Bahagian ini suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi suatu negara, yang menyatakan, berkenaan dengan seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu—

(a)

bahawa pada tarikh yang dinyatakan sedemikian orang itu telah dihukum oleh mahkamah Perkhidmatan negara itu dengan hukuman yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau

(b)

bahawa orang itu, atau pernah pada masa yang dinyatakan sedemikian, ditahan dalam jagaan menurut hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh mahkamah Perkhidmatan bagi negara itu atau sementara menanti atau semasa perbicaraan oleh mahkamah sedemikian bagi suatu pertuduhan dibawa terhadapnya; atau

(c)

bahawa orang itu telah dibicarakan, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam perakuan itu, oleh mahkamah

Perkhidmatan bagi negara itu bagi jenayah yang dinyatakan sedemikian, hendaklah dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah

Malaysia menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian.

(3)

Bagi maksud seksyen 4 peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah

Malaysia, iaitu:

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

(a)

suatu dokumen yang berupa sebagai suatu pasport yang dikeluarkan sedemikian oleh atau bagi pihak Kerajaan dan akan dikeluarkan sedemikian berkenaan dengan seseorang yang di dalamnya yang mengandungi nama yang seseorang yang disebut dalam prosiding itu (sama ada sebagai pihak dalam prosiding itu atau selainnya) hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah dikeluarkan oleh

Kerajaan itu dan untuk mengaitkan dengan orang yang disebut itu;

(b)

suatu catatan dalam pasport yang mengandungi pernyataan sedemikian yang disebut dalam perenggan 4(1)(b) dan yang berupa sebagai dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah dibuat sedemikian; dan

(c)

suatu tanda atau petunjuk dalam pasport yang berupa sebagai dibuat oleh atau bagi pihak Menteri hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya disifatkan telah dibuat sedemikian.

(4)

Bagi maksud Bahagian ini, pengemukaan catatan yang tidak dibatalkan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar dalam suatu dokumen yang berupa sebagai suatu pasport yang dikeluarkan oleh Kerajaan (selain

Malaysia) yang menyatakan bahawa orang yang disebut dalamnya

(yang bukan warganegara Malaysia atau yang biasanya bermastautin di Malaysia) merupakan seorang tanggungan bagi seseorang anggota suatu angkatan pelawat negara itu atau komponen awam Angkatan itu hendaklah dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah

Malaysia menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(5)

Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia dan pada masa kesalahan itu dikatakan telah dilakukan orang itu merupakan seorang anggota suatu angkatan pelawat atau seorang anggota komponen awam angkatan sedemikian, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa berkenaan bagi negara penghantar itu, yang menyatakan

Angkatan Pelawat 23

bahawa kesalahan yang dikatakan itu, jika dilakukan olehnya, berbangkit daripada dan dalam perjalanan kewajipannya sebagai seorang anggota angkatan atau komponen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam mana-mana prosiding itu seperti yang disebut terdahulu menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(6)

Bagi maksud subseksyen 7(1) apa-apa perakuan Pendakwa

Raya yang diberikan di bawah subseksyen itu hendaklah dalam mana-mana prosiding menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.