Seksyen 7
Seksyen 7
(1)
Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang anggota bagi suatu angkatan pelawat boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah Malaysia melainkan jika—
(a)
Pendakwa Raya memperakukan—
(i)
bahawa kesalahan itu ialah satu kesalahan yang berhubung dengannya pihak berkuasa Malaysia mempunyai hak untuk menjalankan bidang kuasa eksklusif atau hak utama untuk menjalankan bidang kuasa di bawah mana-mana triti, perjanjian atau perkiraan yang dalamnya Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak; dan
(ii)
bahawa pihak berkuasa itu tidak melepaskan hak bidang kuasa mereka berkenaan dengan kesalahan itu;
atau
(b)
Pendakwa
Raya memperakukan bahawa, walaupun kesalahan itu ialah satu kesalahan yang berkenaan dengannya pihak berkuasa Perkhidmatan bagi angkatan pelawat itu mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa di bawah mana-mana triti, perjanjian atau perkiraan yang sedemikian, hak itu telah dilepaskan berkenaan dengan kesalahan itu oleh pihak berkuasa itu atau oleh Kerajaan negara yang angkatan pelawat itu dianggotainya.
(2)
Jika seseorang telah dibicarakan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara di bawah kuasa yang disebut dalam subseksyen 6(1)
yang dijalankan dengan sewajarnya mengikut apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan antara Malaysia dan negara itu, dia tidak boleh dibicarakan bagi kesalahan yang sama oleh mana-mana mahkamah
Malaysia.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengarahkan supaya subseksyen (1) hendaklah terpakai mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi anggota suatu angkatan pelawat kepada
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
mana-mana orang atau golongan orang lain yang mempunyai sekutu yang berkaitan dengan angkatan pelawat yang dinyatakan olehnya melalui perintah itu.
(4)
Tertakluk pada seksyen 9, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh, walau apa pun seksyen ini, ditangkap atau suatu waran bagi penangkapannya boleh dikeluarkan atau dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh direman dalam jagaan atau dengan jaminan walaupun Pendakwa Raya belum memberikan perakuan di bawah subseksyen (1), tetapi kes tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga perakuan yang sedemikian telah diberikan.
Mahkamah Malaysia hendaklah mengambil kira hukuman mahkamah Perkhidmatan