Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian V
31. Kuasa pengecualian dan membuat peraturan-peraturan bagi mengelakkan kesukaran
Feedback & supportWalau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi kepentingan negara dan awam, boleh dengan perintah, sama ada dengan mutlaknya atau tertakluk kepada apa-apa yang ditetapkan dalam perintah itu, mengecualikan apa-apa kelas perusahaan atau transaksi atau apa-apa kelas harta alih atau harta tak alih dari mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini.
Menteri boleh membuat peruntukan melalui peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud mengelakkan apa-apa kesukaran yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya Akta ini atau mana-mana peruntukannya dan mana-mana peraturan itu boleh dibuat supaya berkuat kuasa mulai daripada mula berkuat kuasanya Akta ini atau mana-mana peruntukannya.
Peruntukan peralihan