Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian V

35. Section 35

Feedback & support

(1)

Undang-Undang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat dan semua perundangan kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah dimansuhkan dan pemansuhan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh atau tarikh-tarikh dan setakat mana yang ditetapkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Walau apa pun perintah yang dibuat menurut subseksyen (1)

untuk memansuhkan mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat atau mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawahnya mana-mana pihak berkuasa atau orang yang menjalankan, sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini atau mana-mana daripada peruntukannya, tugas yang bersamaan dengan yang diberi kepada Penyimpan, Ketua Inspektor, Timbalan Ketua Inspektor, atau

Inspektor oleh Akta ini, hendaklah berkenaan kawasan yang pihak berkuasa atau orang itu diberi kuasa untuk menjalankan tugas itu terus berbuat demikian sehingga Menteri mengarahkan selainnya melalui pemberitahuan dalam Warta.

Timbang dan Sukat 45

Report

Schedules