Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian V

34A. Pengkompaunan kesalahan

Feedback & support
(1)

Ketua Inspektor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa

Raya, menawarkan untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu amaun

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

wang yang tidak melebihi denda maksimum, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Inspektor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

(3)

Apabila amaun di bawah subseksyen (1) diterima, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Pemansuhan dan pengecualian

Report