Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian V

32. Section 32

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana atau kesemua daripada peruntukan Akta ini telah mula berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana Negeri dalam

Malaysia atau mana-mana kelas perusahaan atau transaksi atau mana-Timbang dan Sukat 43

mana kelas harta alih atau harta tak alih, Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta membenarkan diteruskan penggunaan apa-apa unit sukatan atau apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu berkenaan dengan Negeri dalam Malaysia, kelas perusahaan atau transaksi atau kelas harta alih atau harta tak alih mengikut mana-mana yang berkenaan selain daripada penggunaan unit

Sistem Unit Antarabangsa dan timbang dan sukat yang dinyatakan dalam Jadual Kedua selama tempoh tidak melebihi daripada lima tahun dari tarikh disiarkan pemberitahuan itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menetapkan sesuatu tempoh dalam mana-mana pemberitahuan yang dibuat menurut subseksyen ini sehingga tarikh tamatnya tempoh itu adalah tidak selaras dengan syarat kepada subseksyen 1(4).

(2)

Jika sesuatu pemberitahuan dibuat oleh Menteri membenarkan diteruskan penggunaan apa-apa unit sukatan atau apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat menurut subseksyen (1), penggunaan unit sukatan atau timbang atau sukatan atau alat timbang atau sukat mengikut cara dan selama tempoh yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dan sah di sisi undang-undang dan tiada apa-apa dalam Bahagian III

Akta ini boleh menyebabkan seseorang dikenakan sesuatu penalti kerana menggunakannya.

Report