Skip to content

Seksyen 105

Kuasa membuat pemeriksaan

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 105 of 125
Seksyen 105
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah menurunkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Apa-apa pernyataan yang dibuat, oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Penzahiran dokumen, dsb.