Skip to content

Seksyen 106

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 106 of 125

Seksyen 106

Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini pegawai penguat kuasa boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

dan

(b)

untuk memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.

Penyitaan dokumen, dsb.