Seksyen 108
Permohonan waran geledah
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
ActIn forceProvision 108 of 125
Seksyen 108
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang Majistret melalui maklumat bertulis secara bersumpah.