Skip to content

Seksyen 112

Kuasa untuk mengelak

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 112 of 125
Seksyen 112
(1)

Jika pegawai penguat kuasa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana premis digunakan oleh mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, pegawai penguat kuasa itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa tindakan yang disifatkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis itu.

(2)

Pegawai penguat kuasa, dalam menjalankan tugasnya di bawah seksyen ini, tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan atau kerosakan pada premis yang dielak melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

(3)

Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan premis itu tidak menghalang pendakwaan terhadap mana-mana pertubuhan belia yang menggunakan premis itu secara berlawanan dengan Akta ini.