/akn/my/act/act/1972/75

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1972
Last amended
2017
Sections
38
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 75 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Jun 1972, P.U. (B) 198/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;

“Kawasan Johor Tenggara” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 75

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

“Negeri” ertinya Negeri Johor;

“Pegawai Eksekutif” ertinya Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 14;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 13;

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 7

Bahagian II

Bahagian II

LEMBAGA

Seksyen 3

Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan

Open as pageSuggest a correction

Johor Tenggara” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(a)

memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Johor

Tenggara;

Suggest a correction

(b)

memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Johor Tenggara; dan

Suggest a correction

(c)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Johor Tenggara.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh

Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 75

berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;

Suggest a correction

(b)

mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;

Suggest a correction

(c)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;

Suggest a correction

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti oleh

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, atau badan atau orang lain;

Suggest a correction

(e)

menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa

Lembaga atau secara bebas;

Suggest a correction

(f)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya;

Suggest a correction

(g)

membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh

Lembaga;

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 9

Suggest a correction

(h)

menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Johor

Tenggara untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(i)

melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

Suggest a correction

(j)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;

Suggest a correction

(k)

menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;

Suggest a correction

(l)

mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Johor

Tenggara; dan

Suggest a correction

(m)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(c)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 75

Suggest a correction

(d)

seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan;

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri;

Suggest a correction

(g)

empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan

Lembaga; dan

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Perenggan 1, 2 dan 3 Jadual Pertama tidak terpakai bagi

Pengurus Besar.

Suggest a correction

(5)

Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1)

hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (h) telah dipotong.

Anggota silih ganti 5a. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c),

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat

Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 11

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 6

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang demikian itu.

Seksyen 7

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai atau pekhidmat, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 8

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(b)

mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan boleh diberikan selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut Akta ini masih belum dijelaskan.

Kawasan Johor Tenggara

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Johor

Tenggara.

Fungsi tambahan bagi Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga oleh Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 13

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(3)

Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, Pengerusi boleh mewakilkan kuasa dan autoriti kepada mana-mana anggota lain, mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas

Pengerusi sebagaimana yang ditentukan olehnya.

Suggest a correction

(5)

Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Timbalan

Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi semasa

Pengerusi tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab yang lain.

Pengurus Besar

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 75

Suggest a correction

(b)

perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga.

Suggest a correction

(4a)

Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan kepada

Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—

(a)

tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun layak diambil berkhidmat sebagai seorang

Pegawai Eksekutif atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana Pegawai Eksekutif atau pegawai atau pekhidmat

Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 15

Bahagian boleh ditubuhkan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai Eksekutif bagi sesuatu Bahagian yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan

Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan

Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh

Lembaga.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya, sebutan mengenai seorang pegawai Lembaga dalam Akta ini hendaklah termasuk sebutan mengenai Pengurus Besar dan seorang Pegawai Eksekutif.

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 16a.  Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

16b–16h.  (Dipotong oleh Akta A1542).

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada kumpulan wang pinjaman;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana daripada kewajipannya; dan

Suggest a correction

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman”

ertinya apa-apa wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

Suggest a correction

Seksyen 18

Akta 75

Open as pageSuggest a correction

Wang dengan menjalankan dan melaksanakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 17

seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menjejaskan keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 19

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Seksyen 20

Wang

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi lain dan kos, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 4;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 75

Suggest a correction

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(g)

pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan

(termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 22

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 19

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana daripada anggotanya yang lain atau mana-mana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yang dinyatakan oleh Lembaga.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 75

Suggest a correction

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

Pelaburan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri.

Seksyen 26

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki diuruskan atau dilakukan pada menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Seksyen 27

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

Dalam menunaikan kewajipannya atau dalam melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam hal tertentu.

Seksyen 28

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Pengambilan tanah secara paksa

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 75

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

AM

Seksyen 31

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh

Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan khususnya,

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 23

bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara bagaimana terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27;

dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan pada amnya mengenai perjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu—

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Kuasa untuk meminda Jadual 32a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persedian dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 75

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Subseksyen 5(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh

Menteri dalam surat cara pelantikannya.

(2)

Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.

(4)

Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya.

Jawatan disifatkan sebagai telah dikosongkan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika anggota itu mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika anggota itu menjadi bankrap;

(d)

jika anggota itu tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;

(f)

sekiranya peletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikan anggota itu dibatalkan.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 25

(2)

Jika mana-mana anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.

Saraan dan elaun

3. Hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.

(2)

Kuorum bagi Lembaga ialah enam.

(2a)

Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi.

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir,

Timbalan Pengerusi atau, jika kedua-duanya tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.

(5)

Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5.  Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga)

untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut itu.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Kemajuan Johor Tenggara” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 75

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang tersebut dalam subperenggan (2)

hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Besar atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat

Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7.  Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit

Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sempurnanya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 27

Kesahan perbuatan dan prosiding

9.  Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b)

ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berhubung dengan penzahiran kepentingan yang dibuat olehnya; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Subseksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1.

Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan

Lembaga ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2.  Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta

3.  Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 75

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan mana-mana perbadanan dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan itu ialah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28

dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh

Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya perbadanan itu telah ditubuhkan boleh membuat kontrak dan boleh memegang, atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam tiap-tiap satu hal.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 29

(2)

Sehingga sesuatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi huruf

“LKJT” boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 28a(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada

Pengerusi Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 75

Mesyuarat

2. (1) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasanya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(3)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.

Tatacara

3. Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 31

Akta 75

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia

(Ringgit) 1975 29-08-1975

Akta A447

Akta Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara (Pindaan)

1979 01-06-1978;

kecuali perenggan 2(1)(b):

05-03-1976

Akta A520

Akta Lembaga Kemajuan

(Pindaan) 1981 01-01-1981

Akta 478

Akta Pembatalan

Pengecualian Daripada

Bayaran Duti-Duti Setem 1992 21-02-1992

Akta A971

Akta Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara (Pindaan)

1996 27-09-1996

Akta A1542

Akta Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara (Pindaan)

2017 15-11-2017

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 75

Akta 75

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A447 01-06-1978

Akta A971 27-09-1996

Akta A1542 15-11-2017 5

Akta A447 01-06-1978

Akta A520 01-01-1981

Akta A1542 15-11-2017 5a

Akta A1542 15-11-2017 12

Akta A447 01-06-1978

Akta A1542 15-11-2017 13

Akta A520 01-01-1981

Akta A1542 15-11-2017 16a–16h

Akta A971 27-09-1996

Akta A1542 15-11-2017 22

Akta A1542 15-11-2017 28a

Akta A1542 15-11-2017 30

Akta 478 21-02-1992 31

Akta 160 29-08-1975 32

Akta 160 29-08-1975 32a

Akta A1542 15-11-2017

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A447 01-06-1978

Akta A520 01-01-1981

Akta A1542 15-11-2017

Common questions

What is LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 75 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 still in force?
Yes — LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 is currently in force.
When did LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 take effect?
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 have?
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 contains 33 sections.
What amends LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972?
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 has been amended by AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (PINDAAN) 2017.
Where can I read the official version of LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972?
The official text of LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972 (No. 75)