PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1977/180
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977 is Malaysia Act, cited as Act 180 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 6
“daftar” ertinya daftar pembantu perubatan yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 6;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hospital persendirian” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43];
“ketua pembantu perubatan” ertinya orang yang dilantik menjadi ketua pembantu perubatan dalam Kementerian Kesihatan dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perubatan Malaysia dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;
“klinik persendirian” ertinya mana-mana premis yang dipunyai atau disenggara oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit luar persendirian dan termasuklah sesuatu dispensari persendirian;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“majikan” termasuklah Kerajaan;
“pembantu perubatan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“pendaftar” ertinya Ketua Pengarah semasa menjalankan tugas pendaftar pembantu perubatan di bawah Akta ini;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“pusat kesihatan Kerajaan” termasuklah sesuatu klinik Kerajaan dan sesuatu dispensari Kerajaan bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit;
“pusat latihan” ertinya sesuatu pusat atau sesuatu institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi melatih orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai pembantu perubatan;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
7
“rayuan” ertinya sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 17.
Bahagian II
Penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pembantu Perubatan
(Pendaftaran)
Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Yang Dipertua, seorang setiausaha dan beberapa orang ahli lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Ketua Pengarah hendaklah menjadi Yang Dipertua dan ketua pembantu perubatan hendaklah menjadi setiausaha.
Anggota Lembaga, selain Yang Dipertua dan setiausaha, hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh yang ditentukan dan anggota itu adalah layak dilantik semula.
Walau apa pun subsekyen (4), Menteri boleh pada bila-bila masa dan tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota, selain Yang Dipertua atau setiausaha.
Mesyuarat Lembaga
Jika Yang Dipertua tidak hadir pada sesuatu mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka menjadi pengerusi.
Pengerusi pada sesuatu mesyuarat hendaklah mempunyai suatu undi asal dan juga, jika mengenai sesuatu perkara pembahagian undi didapati sama banyak, undi pemutus.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 8
Lembaga hendaklah bermesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana ditetapkan oleh Yang Dipertua dan pada sesuatu mesyuarat empat orang anggota hendaklah menjadi satu kuorum.
Perbuatan Lembaga hendaklah sah walaupun kecacatan dalam pelantikan atau walaupun ada kekosongan 5.
Semua perbuatan yang dilakukan oleh Lembaga hendaklah, walaupun ada sesuatu kekosongan dalam Lembaga atau walaupun kemudiannya didapati ada suatu kecacatan dalam pelantikan seseorang yang berupa sebagai anggotanya, sah seolah-olah kekosongan atau kecacatan itu tidak wujud.
Bahagian III
MENDAFTAR DAN PENDAFTARAN
Daftar pembantu perubatan
Ketua Pengarah hendaklah menjadi pendaftar pembantu perubatan dan hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan daftar itu dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditetapkan.
Hanya orang berdaftar sahaja boleh diambil kerja sebagai pembantu perubatan
dalam sesuatu hospital Kerajaan, pusat kesihatan Kerajaan atau institusi Kerajaan yang lain bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
dalam sesuatu hospital persendirian, klinik persendirian atau institusi persendirian yang lain bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit; atau
oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar, melainkan jika orang itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Subsekyen (1) tidak terpakai—
bagi orang yang menjalani latihan bagi maksud Akta ini dalam mana-mana institusi yang dinyatakan dalam perenggan (a) subsekyen itu sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga atau dalam sesuatu pusat latihan; dan
bagi orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu
Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 [Akta 435] setakat mana orang itu akan diambil kerja atau sedang bekerja dalam hospital estet mengikut pengertian Akta itu.
Seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital
Estet (Pendaftaran) 1965 tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika dia menjadi berhak untuk didaftarkan di bawah
Akta ini dan juga terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta itu.
Peruntukan kecualian mengenai orang yang telah diambil kerja sebagai pembantu perubatan
dia adalah, melalui suatu perintah oleh Menteri yang disiarkan dalam Warta, dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan hak seseorang majikan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja menurut terma-terma dan syarat-syarat pekerjaannya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 10
Orang yang berhak didaftarkan
lulus peperiksaan yang ditetapkan dan menamatkan dengan jayanya sesuatu kursus latihan yang ditetapkan dalam mana-mana institusi yang dinyatakan dalam perenggan 7(1)(a) sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga bagi maksud itu atau dalam sesuatu pusat latihan; atau
memuaskan hati Lembaga bahawa ia telah pada permulaan kuat kuasa Akta ini lulus sesuatu peperiksaan yang pada pendapat Lembaga adalah mencukupi untuk melayakkannya didaftarkan di bawah Akta ini, berhak didaftarkan di bawah Akta ini, atas permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan dan setelah mematuhi dengan sewajarnya semua kehendak yang ditetapkan dan memberikan apa-apa butir sebagaimana yang diminta oleh Lembaga.
Walau apa pun subsekyen (1), Lembaga boleh enggan mendaftarkan seseorang itu jika difikirkannya patut berbuat demikian.
Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan
Lembaga yang dibuat di bawah subsekyen (2) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan rayuan itu hendaklah dibuat dan diselesaikan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17.
Mencatatkan nama dalam daftar dan mengeluarkan perakuan pendaftaran
Setelah namanya dicatatkan dalam daftar, Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap orang itu suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan.
Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subsekyen (2) boleh mengandungi apa-apa syarat dan sekatan yang
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
11
difikirkan patut dikenakan oleh Lembaga dan syarat dan sekatan itu boleh diubah oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Jika seseorang didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang dikenakan menurut subsekyen (3), syarat dan sekatan itu hendaklah dicatatkan dalam perakuan pendaftarannya dan perakuan yang tercatat sedemikian itu hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada syarat dan sekatan yang dinyatakan dalamnya.
Tamat tempoh perakuan pendaftaran dan pembaharuannya
Sesuatu permohonan untuk membaharui perakuan itu hendaklah dibuat tidak lewat daripada 30 haribulan September tiap-tiap satu tahun dan Lembaga hendaklah memberikan keputusan mengenainya dan membaharui atau enggan membaharui perakuan itu dan hendaklah dalam salah satu hal menyampaikan keputusannya kepada orang yang berkenaan itu tidak lewat daripada 30 haribulan
November dalam tahun yang sama.
Pada menimbangkan sesuatu permohonan bagi membaharui perakuan itu, Lembaga boleh menjalankan kuasa yang sama berkenaan dengannya seperti yang boleh dijalankannya pada menimbangkan sesuatu permohonan pendaftaran di bawah Akta ini.
Catatan dalam daftar dan perakuan hendaklah ditandatangani oleh pendaftar
Tanpa menyentuh apa-apa jua yang boleh dilakukan oleh pendaftar pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan, semua catatan, potongan dan kemasukan semula dalam daftar dan semua perakuan pendaftaran dan pembaharuannya hendaklah ditandatangani oleh pendaftar.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 12
Bahagian IV
Menyiarkan daftar dan anggapan
Senarai yang disiarkan di bawah subsekyen (1) boleh mengandungi apa-apa butir lanjut sebagaimana yang ditetapkan dan pendaftar boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam
Warta apa-apa catatan yang mungkin dari semasa ke semasa dibuat dalam daftar di bawah subsekyen 10(1).
Daftar itu hendaklah menjadi dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan penyiaran senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang tersebut namanya dalam daftar itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Tidak adanya nama mana-mana orang dalam senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang itu tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
Sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar, dipotong dari atau dimasukkan semula dalam daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemotongan nama daripada daftar
telah tidak memberi kepada Lembaga suatu alamat dalam
Malaysia tempat ia akan dijumpai;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
dengan sengaja memberikan butir-butir atau maklumat fraud atau tidak betul dalam permohonannya untuk pendaftaran atau di bawah seksyen 19, mengikut mana-mana yang berkenaan;
telah didaftarkan disebabkan kesilapan tentang kelulusannya untuk pendaftaran;
tidak sempurna akal atau oleh sebab sesuatu keuzuran lain dia merupakan, pada pendapat Lembaga, seorang yang tidak layak untuk terus berada dalam daftar;
telah didapati bersalah atas suatu kesalahan yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya tidak layak untuk terus berada dalam daftar; atau
Bagi maksud perenggan (1)(b), Lembaga boleh mengambil tindakan untuk memotong dari daftar nama seseorang yang tidak memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan patut oleh Lembaga dalam tempoh satu bulan dari tarikh dihantar suatu surat berdaftar ke alamatnya yang akhir diketahui menghendaki ia berbuat demikian.
Lembaga tidak boleh memotong dari daftar nama seseorang di bawah mana-mana perenggan (1)(d) hingga (j) tanpa memberikan peluang kepada orang itu untuk didengar sendiri atau melalui peguam tetapi jika orang itu tidak mengambil peluang itu atau jika ia memilih untuk tidak didengar dalam tempoh satu bulan setelah diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subsekyen (2) mengenai tujuan untuk memotong namanya dari daftar, Lembaga boleh mengambil tindakan untuk memotong namanya sedemikian.
Menyiarkan pemotongan nama daripada daftar dan pembatalan perakuan pendaftaran
Pemotongan nama dan pembatalan perakuan pendaftaran yang dibuat di bawah subsekyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta dengan ditandatangani oleh pendaftar.
Menyiarkan kemasukan semula nama dalam daftar
AKTA 180 14
Sesuatu nama yang telah dimasukan semula dalam daftar di bawah subsekyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta dengan ditandatangani oleh pendaftar.
Bahagian V
Rayuan kepada Menteri terhadap keputusan Lembaga adalah muktamad
Pada menyelesaikan sesuatu rayuan, Menteri boleh mengesahkan, membatal atau mengubah keputusan yang dibuat atau syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan perintah
Menteri mengenainya adalah muktamad.
Rayuan berkuat kuasa sebagai penggantungan hanya berkenaan dengan pembaharuan perakuan pendaftaran
sesuatu rayuan tidak boleh menggantung kuat kuasa sesuatu keputusan Lembaga.
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
Jika Lembaga enggan membaharui sesuatu perakuan pendaftaran dan orang yang berkenaan itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 17, tempoh sah perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai tidak tamat pada 31 haribulan Disember dan orang itu boleh terus bekerja sebagai pembantu perubatan sehingga suatu perintah dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 17(2).
hendaklah terhenti terpakai dan orang yang berkenaan itu hendaklah, dalam tempoh yang dibenarkan oleh Menteri, terhenti daripada bekerja sedemikian.
Jika Menteri membenarkan rayuan itu, Lembaga hendaklah membaharui perakuan pendaftaran itu apabila dibayar bayaran yang ditetapkan dan apabila dipatuhi dengan sewajarnya Akta ini dan peraturan-peraturan.
Bahagian VI
Lembaga boleh menghendaki maklumat
Tiap-tiap orang yang namanya ada dalam daftar hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari sesuatu perubahan yang mungkin berlaku tentang butir-butir yang telah diberikannya kepada Lembaga, memberitahu Lembaga mengenai perubahan itu.
Menghendaki atau memberikan butir-butir atau maklumat melalui surat berdaftar adalah memadai
diberikan oleh seseorang,
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 16
adalah memadai bagi Lembaga atau orang itu menghendaki atau memberikan butir-butir atau maklumat itu melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada Lembaga di alamat rasminya atau kepada orang itu di alamat akhirnya yang diketahui, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Walau apa pun subsekyen (1), orang itu boleh memberikan butir-butir atau maklumat dengan menyampaikannya sendiri kepada
Lembaga atau melalui wakilnya.
Penalti kerana menggunakan gelaran pembantu perubatan secara tidak sah, kerana memalsukan daftar dan pelanggaran am terhadap Akta
bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini, mengaku didaftarkan sedemikian atau bekerja sebagai pembantu perubatan (tidak kira apa jua gelaran yang diberikan kepada jawatannya), menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, unifom atau lencana yang memberi faham bahawa ia adalah atau adalah diakui di sisi undang-undang sebagai didaftarkan sebagai sedemikian, atau menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa gelaran, unifom atau lencana yang ditetapkan untuk digunakan oleh pembantu perubatan; atau
dengan tujuan hendak memperdaya, menggunakan sesuatu perakuan pendaftaran yang telah dikeluarkan di bawah
Akta ini kepada seseorang lain, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan pada pertama kalinya, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan, apabila disabitkan pada kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang—
dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catatan palsu dalam daftar;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
dengan diketahuinya memberikan butir-butir atau maklumat palsu kepada Lembaga; atau
melanggar apa-apa peruntukan Akta ini yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan, bersalah atas suatu kesalahan dan, boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini dan bagi menjalankan dengan lebih baik peruntukan-peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan seksyen ini, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
penetapan kelulusan pelajaran minimum dan kehendak lain untuk penerimaan masuk ke pusat latihan;
latihan bagi orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai pembantu perubatan dan kelulusan institusi untuk menjadi pusat latihan;
penjalanan peperiksaan dan perkara yang bersampingan atau yang berkaitan dengannya;
bayaran yang kena dibayar bagi peperiksaan, permohonan untuk pendaftaran, pengeluaran perakuan pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran;
borang permohonan bagi perakuan pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran dan kehendak yang kena dipatuhi;
kelulusan yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai pembantu perubatan dan alasan yang berdasarkannya pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran boleh ditolak;
bentuk, penyenggaraan dan penyiaran daftar, borang perakuan pendaftaran dan pembaharuannya;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 18
Lembaga menubuhkan jawatankuasa dan membenarkan perwakilan kepada jawatankuasa mana-mana kuasa
Lembaga dan membuat peraturan mengenai prosiding jawatankuasa;
penetapan dan jenis kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh pembantu perubatan.
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
19
Akta 180
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A621
Akta Pembantu Hospital 31-05-1985;
(Pendaftaran) (Pindaan) 1985
kecuali perenggan 8(a)
dan 22(a)
Jadual Pertama;
Semenanjung
Malaysia—
14-02-1980;
Sabah &
Sarawak—
01-11-1980
P.U. (A) 342/2002
Perintah Penyemakan 23-08-2002
Undang-undang (Pembetulan
Akta Pembantu Perubatan
(Pendaftaran) 1977) 2002
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 20
Akta 180
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1
Akta A621 31-05-1985 2
Akta A621 31-05-1985
Bahagian II
Akta A621 31-05-1985 3
Akta A621 31-05-1985
Bahagian III
Akta A621 31-05-1985 6
Akta A621 31-05-1985 7
Akta A621 31-05-1985 8
Akta A621 14-02-1980,
01-11-1980 18
Akta A621 31-05-1985 21
Akta A621 31-05-1985 22
Akta A621 14-02-1980,
01-11-1980