(a)
kerjasama antara mahkamah dan pihak berkuasa kompeten lain di Malaysia dengan Negara asing yang terlibat dalam kes-kes insolvensi rentas sempadan;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 877
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 877
/akn/my/act/act/2026/877
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 is Malaysia Act, cited as Act 877 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Opening note
Opening note
kerjasama antara mahkamah dan pihak berkuasa kompeten lain di Malaysia dengan Negara asing yang terlibat dalam kes-kes insolvensi rentas sempadan;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 877
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 877
pentadbiran insolvensi rentas sempadan yang adil dan cekap yang melindungi kepentingan semua pemiutang dan orang berkepentingan lain, termasuk penghutang;
memudahkan penyelamatan perniagaan yang mengalami masalah kewangan, dengan itu melindungi pelaburan dan memelihara pekerjaan;
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen
Malaysia seperti yang berikut:
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Pegawai Penerima sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
seseorang yang dilantik di bawah Akta Syarikat 2016
untuk bertindak dalam mana-mana kapasiti yang berikut:
penyelesai atau penyelesai interim, sama ada dalam penggulungan paksa atau sukarela;
pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim dalam pengurusan kehakiman;
seseorang yang diluluskan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441] sebagai pelikuidasi yang diluluskan;
mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah di bawah subseksyen 6(2) untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak mana-mana prosiding; atau
mana-mana orang atau badan lain yang diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dalam suatu prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di Malaysia, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh Mahkamah, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 877
“penghutang” ertinya—
suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016 tetapi tidak termasuk perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing; atau
suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990;
“prosiding asing” ertinya prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di suatu Negara asing, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh suatu mahkamah asing, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian;
“prosiding bukan utama asing” ertinya prosiding asing selain prosiding utama asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai suatu establismen;
“prosiding utama asing” ertinya prosiding asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya;
“undang-undang insolvensi Malaysia” ertinya—
Bahagian III
bantuan dimohon di Malaysia oleh suatu mahkamah asing atau seseorang wakil asing berkaitan dengan prosiding asing;
bantuan dimohon di suatu Negara asing berkaitan dengan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia;
prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang sama berjalan secara serentak; atau
pemiutang atau orang berkepentingan lain di suatu Negara asing mempunyai kepentingan dalam memohon untuk memulakan, atau mengambil bahagian dalam, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia.
Akta ini tidak terpakai bagi—
insolvensi dan kebankrapan individu di bawah
Akta Insolvensi 1967 [Akta 360];
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 877
mana-mana orang yang menjalankan perniagaan berdaftar atau perniagaan berlesen di bawah—
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197];
Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan
Perdagangan [Sarawak Bab. 33]; dan
mana-mana perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing di bawah Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743]; dan
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990
dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 11
common law Malaysia yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan Akta ini,
Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat
Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964;
“wakil asing” ertinya orang atau badan yang dilantik, termasuk orang atau badan yang dilantik secara interim, dan yang diberi kuasa dalam prosiding asing untuk mentadbir penyusunan semula atau penyelesaian harta atau hal ehwal penghutang atau untuk bertindak sebagai seorang wakil prosiding asing itu.
Dalam mentafsir Akta ini, hendaklah diambil kira asal usul antarabangsanya dan keperluan untuk menggalakkan keseragaman dalam pemakaiannya dan pematuhan niat baiknya.
Pemakaian
Bahagian I
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan insolvensi dan perkara yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
Mahkamah kompeten
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, Mahkamah tidak boleh mengiktiraf mana-mana prosiding asing, memberikan apa-apa relief, atau mengubah suai apa-apa relief yang telah diberikan, atau memberikan apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini, jika dan setakat yang pengiktirafan, relief, relief yang diubah suai, kerjasama atau penyelarasan itu akan, dalam hal prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilarang oleh atau mengganggu atau tidak selaras dengan peruntukan berhubung dengan sekatan yang dinyatakan dalam
Bahagian II
Mahkamah boleh, atas permohonan, melantik mana-mana orang lain untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai bagi Negara asing itu.
Kekecualian dasar awam
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang
Mahkamah daripada enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau memberikan apa-apa perintah atau relief di bawah Akta ini jika pengambilan tindakan itu atau pemberian perintah atau relief itu akan berlawanan dengan dasar awam Malaysia.
Bantuan tambahan di bawah undang-undang bertulis lain
Mahkamah atau pemegang jawatan insolvensi Malaysia untuk memberikan bantuan tambahan kepada seseorang wakil asing di bawah undang-undang bertulis lain.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 877
Bahagian II
MAHKAMAH DI MALAYSIA
Hak akses langsung
Seseorang wakil asing boleh hadir sendiri atau boleh diwakili oleh seorang peguam bela bagi maksud apa-apa permohonan yang dibuat di bawah Akta ini.
Dalam seksyen ini, “peguam bela” ertinya mana-mana orang yang berhak untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela atau sebagai peguam cara atau sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana bahagian di Malaysia.
Bidang kuasa terhad
Hakikat semata-mata bahawa suatu permohonan di bawah
Akta ini dibuat kepada Mahkamah oleh seseorang wakil asing tidak menjadikan wakil asing itu atau harta asing dan hal ehwal seseorang penghutang itu tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah bagi apa-apa maksud selain permohonan itu.
Permohonan oleh wakil asing untuk memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia
Seseorang wakil asing yang dilantik dalam prosiding utama asing atau prosiding bukan utama asing berhak untuk memohon untuk memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi
Malaysia jika syarat untuk memulakan prosiding itu dipenuhi selainnya.
Insolvensi Rentas Sempadan 15
Penyertaan wakil asing dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia
Apabila prosiding asing diiktiraf, seseorang wakil asing berhak untuk mengambil bahagian dalam prosiding mengenai penghutang di bawah undang-undang insolvensi Malaysia.
Akses pemiutang asing kepada prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia
Subseksyen (1) tidak menjejaskan susunan tuntutan dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau pengecualian tuntutan cukai asing, tuntutan keselamatan sosial atau tuntutan bagi persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau tuntutan di bawah mana-mana skim persaraan daripada prosiding itu.
Walau apa pun subseksyen (2), tuntutan seseorang pemiutang asing tidak boleh disusun lebih rendah daripada pemiutang tidak bercagar am semata-mata atas sebab bahawa pemiutang itu merupakan seorang pemiutang asing.
Pemberitahuan kepada pemiutang asing mengenai prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia
Mahkamah boleh membuat suatu perintah menghendaki supaya langkah-langkah munasabah diambil untuk memberitahu mana-mana pemiutang asing yang alamatnya masih tidak diketahui.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 877
Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada pemiutang asing secara individu, melainkan jika
Mahkamah berpuas hati bahawa, di bawah hal keadaan—
bentuk pemberitahuan yang lain adalah lebih sesuai, termasuk pemberitahuan elektronik atau pemberitahuan dalam talian; atau
pemberitahuan kepada pemiutang di Malaysia diberikan melalui iklan dalam akhbar tempatan yang dalam hal itu pemberitahuan kepada pemiutang asing yang diketahui boleh diberikan melalui iklan dalam apa-apa akhbar asing sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah bagi memastikan bahawa kandungan pemberitahuan itu sampai kepada perhatian pemiutang asing yang diketahui itu.
Jika pemberitahuan mengenai hak untuk memfailkan tuntutan diberikan kepada pemiutang asing, pemberitahuan itu hendaklah—
menyatakan tempoh masa yang munasabah untuk pemfailan tuntutan dan menyatakan tempat pemfailan;
menunjukkan sama ada pemiutang asing bercagar dikehendaki untuk memfailkan tuntutan bercagarnya; dan
mengandungi apa-apa maklumat lain yang dikehendaki untuk dimasukkan dalam pemberitahuan itu kepada pemiutang di bawah undang-undang Malaysia dan perintah Mahkamah.
Bahagian III
Permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing
Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah disertakan dengan—
suatu salinan diperakui keputusan memulakan prosiding asing itu dan melantik wakil asing itu;
suatu perakuan daripada mahkamah asing yang mengesahkan kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu; atau
jika tiada keterangan yang disebut dalam perenggan (a)
dan (b), apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah mengenai kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu.
Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah juga disertakan dengan suatu pernyataan yang mengenal pasti semua prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang diketahui oleh wakil asing itu.
Wakil asing itu hendaklah mengemukakan kepada Mahkamah terjemahan dalam teks bahasa Inggeris bagi dokumen yang dikemukakan selain dalam bahasa Inggeris dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing dan terjemahan itu hendaklah disertakan dengan suatu perakuan daripada orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu adalah tepat dan benar.
Anggapan pengiktirafan
Insolvensi Rentas Sempadan 17
Mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen yang dikemukakan dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing adalah sah, sama ada dokumen itu telah disahkan secara undang-undang atau tidak.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 877
Jika tiada bukti yang berlawanan, tempat pejabat berdaftar penghutang adalah disifatkan sebagai pusat kepentingan utama penghutang.
Keputusan untuk mengiktiraf prosiding asing
Tertakluk kepada seksyen 7, Mahkamah hendaklah mengiktiraf prosiding asing dengan membuat suatu perintah pengiktirafan jika—
orang atau badan yang memohon bagi pengiktirafan itu merupakan seorang wakil asing mengikut pengertian subseksyen 2(1);
permohonan itu telah dikemukakan kepada Mahkamah yang disebut dalam seksyen 5.
Prosiding asing itu hendaklah diiktiraf sebagai—
prosiding utama asing, jika prosiding asing itu dijalankan di Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya; atau
prosiding bukan utama asing, jika penghutang itu mempunyai suatu establismen mengikut pengertian subseksyen 2(1) di Negara asing.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini, seksyen 15, 16
atau 18 boleh menghalang pengubahsuaian atau penamatan suatu perintah pengiktirafan, jika ditunjukkan bahawa alasan untuk memberikan perintah pengiktirafan itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak mencukupi pada masa pengiktirafan itu diberikan atau secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak lagi wujud.
Insolvensi Rentas Sempadan 19
Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang wakil asing, seseorang yang terjejas oleh pengiktirafan itu, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan suatu perintah pengiktirafan, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Maklumat terkemudian
Dari masa suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan dan berterusan selepas itu, wakil asing hendaklah dengan segera memberitahu Mahkamah—
mengenai apa-apa perubahan substansial dalam status prosiding asing yang diiktiraf atau status pelantikan wakil asing itu; dan
mengenai apa-apa prosiding asing lain atau prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia mengenai penghutang yang sama yang sampai kepada pengetahuan wakil asing itu.
Relief yang boleh diberikan apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan
mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau pemegang jawatan insolvensi Malaysia, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta yang, oleh sebab sifatnya atau disebabkan oleh hal keadaan lain, mudah musnah, mudah untuk turun nilai atau selainnya dalam bahaya; dan
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 877
memberikan apa-apa relief yang disebut dalam perenggan 21(1)(c), (d) atau (g).
Apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) oleh
Mahkamah hendaklah selaras dengan apa-apa perintah yang telah dibuat atau boleh dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016,
Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Melainkan jika dilanjutkan di bawah perenggan 21(1)(f), relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu diputuskan.
Mahkamah boleh menolak untuk memberikan apa-apa relief di bawah seksyen ini jika relief itu akan mengganggu pentadbiran prosiding utama asing.
Kesan pengiktirafan prosiding utama asing
permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berhubung dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang hendaklah ditangguhkan;
apa-apa hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang hendaklah digantung.
Penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah—
mempunyai skop dan kesan yang sama seolah-olah penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah Akta Syarikat 2016 atau
Akta Syarikat Labuan 1990; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 21
tertakluk kepada kuasa Mahkamah yang sama dan larangan, had, kekecualian dan syarat yang sama sebagaimana yang akan terpakai di bawah undang-undang Malaysia dalam hal itu, dan peruntukan subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menjejaskan hak—
mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk menguatkuasakan mana-mana cagaran terhadap harta penghutang;
mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk mengambil semula milikan barang dalam milikan penghutang di bawah suatu perjanjian sewa beli sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967
[Akta 212];
mana-mana orang yang boleh dijalankan di bawah, menurut kuasa, atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual; atau
seseorang pemiutang untuk menolak tuntutannya terhadap tuntutan penghutang, yang merupakan hak yang boleh dijalankan jika penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah
Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990.
Perenggan (1)(a) tidak menjejaskan hak—
untuk memulakan tindakan atau prosiding individu setakat yang perlu untuk memelihara suatu tuntutan terhadap penghutang; atau
untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah, atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 877
Subseksyen (1) tidak menjejaskan hak mana-mana orang untuk memohon bagi permulaan, atau selainnya memulakan, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau hak untuk memfailkan suatu tuntutan dalam prosiding itu.
Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa
Mahkamah di bawah subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas oleh penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1), atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan penangguhan dan penggantungan itu atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Dalam seksyen ini, “cagaran” ertinya apa-apa gadaian, lien, gadai janji, sandaran, hipotekasi atau apa-apa cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang termasuk apa-apa cagaran yang diterima berhubung dengan perkara admiralti di Malaysia.
Relief yang boleh diberikan apabila prosiding asing diiktiraf
menangguhkan permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berkenaan dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang, setakat yang tindakan atau prosiding itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(a);
menangguhkan apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang, setakat yang pelaksanaan itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(b);
menggantung hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang, setakat yang hak itu tidak digantung di bawah perenggan 20(1)(c);
Insolvensi Rentas Sempadan 23
untuk pemeriksaan saksi, pengambilan keterangan atau penyampaian atau pengemukaan maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang;
mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta itu;
yang boleh diadakan kepada pemegang jawatan insolvensi
Malaysia di bawah undang-undang Malaysia.
Jika relief diberikan di bawah perenggan (1)(e) kepada seseorang wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu, jika pengagihan yang dimohon itu melibatkan pemindahan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Mahkamah, dan kebenaran itu hanya boleh diberikan jika Mahkamah berpuas hati bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya.
Bagi maksud subseksyen (2), sebelum membuat apa-apa perintah untuk memindahkan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, Mahkamah hendaklah memastikan bahawa wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah telah memperakui atau memberikan suatu jaminan kepada Mahkamah bahawa tuntutan pemiutang di Malaysia, yang hutangnya tidak melebihi nilai ambang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, telah dipenuhi dan diselesaikan daripada harta yang dimohon untuk dipindahkan itu.
Dalam memberikan relief di bawah subseksyen (1) kepada wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan—
harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 877
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a), (b), (c), (e) dan (g), dan subseksyen (2) boleh menjejaskan hak untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam, jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat, boleh meminda nilai ambang yang disebut dalam subseksyen (3), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Perlindungan pemiutang dan orang berkepentingan lain
Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat terhadap pemberian relief di bawah seksyen 19 atau 21 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, termasuk menghendaki wakil asing untuk memberikan jaminan bagi pelaksanaan wajar fungsinya.
Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas dengan relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan relief itu.
Tindakan untuk mengelakkan perbuatan yang memudaratkan pemiutang
Jika seseorang wakil asing membuat apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1), peruntukan Akta Syarikat 2016 dan
Akta Syarikat Labuan 1990 sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai—
tidak kira sama ada penghutang sedang digulungkan, diletakkan di bawah pengurusan kehakiman, atau sedang menjalani suatu skim kompromi atau perkiraan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
Bagi maksud seksyen ini, pengubahsuaian yang terpakai adalah seperti yang berikut:
bagi maksud seksyen 366 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan permulaan suatu skim kompromi atau perkiraan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
bagi maksud seksyen 426 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu permohonan bagi pengurusan kehakiman hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
bagi maksud seksyen 472 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
bagi maksud seksyen 528, 529, 530, 531, 540 dan 541
Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan dalam hal penggulungan oleh Mahkamah atau kelulusan ketetapan dalam hal penggulungan sukarela, hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; dan
bagi maksud seksyen 20 Akta Syarikat Labuan 1990, tarikh yang bersamaan dengan tarikh transaksi ultra vires dimohon untuk ditahan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 877
Bagi maksud subseksyen (3), tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan hendaklah ditentukan mengikut undang-undang Negara asing yang prosiding asing itu berjalan, termasuk apa-apa rukun undang-undang yang di bawahnya prosiding asing itu disifatkan telah dibuka pada suatu tarikh yang lebih awal.
Jika prosiding asing itu merupakan prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan di bawah seksyen ini berkaitan dengan harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu.
Jika, pada masa permohonan difailkan, prosiding berkenaan dengan penghutang masih belum selesai di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, wakil asing tidak boleh membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini tanpa kebenaran Mahkamah.
Apabila memberikan suatu perintah berhubung dengan permohonan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan mengenai pengagihan apa-apa hasil daripada tuntutan oleh wakil asing, sebagaimana yang difikirkannya patut, bagi memastikan bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak pemegang jawatan insolvensi Malaysia untuk membuat apa-apa permohonan di bawah, atau berkaitan dengan, mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa keutamaan yang diberikan, gadaian terapung yang diwujudkan, pemberimilikan, penyerahhakan yang dibuat, atau transaksi lain yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Pencelahan oleh wakil asing dalam prosiding di Malaysia
Apabila prosiding asing diiktiraf, seseorang wakil asing boleh, tertakluk kepada pematuhan kehendak di bawah Akta Syarikat 2016,
Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai, mencelah dalam mana-mana prosiding yang dalamnya penghutang merupakan suatu pihak.
Insolvensi Rentas Sempadan 27
Bahagian IV
Kerjasama dan komunikasi langsung antara Mahkamah dengan mahkamah asing atau wakil asing
Mahkamah berhak untuk berkomunikasi secara langsung dengan, atau meminta maklumat atau bantuan secara langsung daripada, mahkamah asing atau wakil asing.
Kerjasama dan komunikasi langsung antara pemegang jawatan insolvensi Malaysia dengan mahkamah asing atau wakil asing
Pemegang jawatan insolvensi Malaysia berhak, dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada pengawasan oleh Mahkamah, untuk berkomunikasi secara langsung dengan mahkamah asing atau wakil asing.
Bentuk kerjasama
Kerjasama yang disebut dalam seksyen 25 dan 26 boleh dilaksanakan dengan apa-apa cara yang sesuai, termasuk—
komunikasi maklumat dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah;
penyelarasan pentadbiran dan pengawasan harta dan hal ehwal penghutang;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 877
kelulusan atau pelaksanaan mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan penyelarasan prosiding oleh
Mahkamah; dan
Bahagian V
Permulaan atau penerusan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia selepas pengiktirafan prosiding utama asing
Selepas prosiding utama asing diiktiraf, kesan mana-mana prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berhubung dengan penghutang yang sama hendaklah, setakat yang prosiding itu berkaitan dengan harta penghutang, dihadkan—
setakat yang perlu untuk memberikan kesan kepada kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26
dan 27, kepada harta lain penghutang yang di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding itu.
Penyelarasan prosiding di bawah undang-undang insolvensi
Malaysia dan prosiding asing
Jika prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sedang berjalan secara serentak mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai:
apabila prosiding di Malaysia sedang berjalan pada masa permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu difailkan—
apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah selaras dengan prosiding di Malaysia; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 29
jika prosiding asing itu diiktiraf di Malaysia sebagai prosiding utama asing, seksyen 20
tidak terpakai;
apabila prosiding di Malaysia dimulakan selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing atau selepas pengiktirafan diberikan—
apa-apa relief yang diberikan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan, jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia, hendaklah diubah suai atau diketepikan;
jika prosiding asing itu merupakan prosiding utama asing, penangguhan dan penggantungan di bawah subseksyen 20(1) hendaklah diubah suai atau diketepikan di bawah subseksyen 20(6), jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia; dan
apa-apa prosiding yang dibawa oleh wakil asing di bawah subseksyen 23(1) sebelum prosiding di Malaysia dimulakan hendaklah tertakluk kepada kajian semula oleh Mahkamah dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai penerusan prosiding itu; dan
dalam memberikan, melanjutkan atau mengubah suai apa-apa relief yang diberikan kepada seseorang wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan—
harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau
maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 877
Penyelarasan berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing
Bagi maksud Akta ini, berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25,
26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai:
apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21
kepada seseorang wakil bagi prosiding bukan utama asing selepas pengiktirafan prosiding utama asing hendaklah selaras dengan prosiding utama asing itu;
jika prosiding utama asing diiktiraf selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding bukan utama asing, apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19
atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan hendaklah diubah suai atau diketepikan jika tidak selaras dengan prosiding utama asing itu; dan
jika, selepas pengiktirafan prosiding bukan utama asing, prosiding bukan utama asing lain telah diiktiraf, Mahkamah boleh memberikan, mengubah suai atau mengetepikan apa-apa relief bagi maksud memudahkan penyelarasan prosiding-prosiding itu.
Anggapan insolvensi berdasarkan pengiktirafan prosiding utama asing
Jika tiada keterangan yang berlawanan, pengiktirafan prosiding utama asing, bagi maksud memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, merupakan bukti bahawa penghutang tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya mengikut pengertian yang diberikan di bawah undang-undang insolvensi Malaysia.
Insolvensi Rentas Sempadan 31
Kaedah bayaran dalam prosiding serentak
Tanpa menjejaskan tuntutan jaminan atau hak in rem, seseorang pemiutang yang telah menerima sebahagian bayaran berkenaan dengan tuntutannya dalam mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi di suatu Negara asing tidak boleh menerima bayaran bagi tuntutan yang sama dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi
Malaysia mengenai penghutang yang sama, selagi bayaran kepada pemiutang lain bagi kelas yang sama adalah secara berkadar lebih rendah daripada bayaran yang pemiutang itu telah terima.
Bahagian VI
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk meminda Jadual
Apabila perintah yang disebut dalam subseksyen (1) disiarkan,
Jadual sebagaimana yang dipinda itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Akta ini dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 877
Kecualian
Mana-mana prosiding insolvensi rentas sempadan atau permohonan yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan yang dimulakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus diuruskan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Apa-apa perintah, arahan, keputusan, perbuatan atau prosiding yang dibuat, diberikan, diambil atau dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, dan apa-apa hak, kewajipan atau liabiliti yang terakru di bawahnya, hendaklah, setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, terus kekal sah dan boleh dikuatkuasakan.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak dan remedi mana-mana pemiutang yang berbangkit atau terakru di bawah undang-undang yang terpakai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak yang berkaitan atau diarahkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini.
Jadual
[Perenggan 3(2)(d), subseksyen 5(2) dan perenggan 20(3)(c)]
Bahagian I
KETIDAKPAKAIAN
Akta ini tidak terpakai bagi—
1. mana-mana orang berlesen, syarikat pemegangan kewangan, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali suatu sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
Insolvensi Rentas Sempadan 33
2. mana-mana orang berlesen, syarikat pemegangan kewangan, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran
Islam yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
3. mana-mana institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 3(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
4. mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
atau sebagai institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
5. mana-mana institusi anggota atau institusi perantaraan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011 [Akta 720];
6. mana-mana syarikat pemegangan bursa dan subsidiarinya termasuk bursa saham, bursa derivatif, pengendali pasaran diiktiraf atau pusat penjelasan, sebagaimana yang diluluskan atau didaftarkan di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
7. mana-mana depositori pusat yang diluluskan di bawah seksyen 5
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];
8. mana-mana bank Labuan dan bank pelaburan Labuan yang masing-masing dilesenkan di bawah seksyen 88 dan 89 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan bank Islam Labuan dan bank pelaburan Islam Labuan yang masing-masing dilesenkan di bawah seksyen 63 dan 64 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010 [Akta 705];
9. mana-mana entiti berlesen Labuan yang menjalankan perniagaan kewangan
Labuan di bawah seksyen 90 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 atau perniagaan kewangan Islam Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
10. mana-mana penanggung insurans Labuan dan penanggung insurans semula
Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 103 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, termasuk orang yang menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan;
11. mana-mana pengendali takaful Labuan dan pengendali takaful semula Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 78 Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Islam Labuan 2010, termasuk orang yang menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan;
12. mana-mana syarikat sel terlindung Labuan yang diperbadankan di bawah seksyen 130o Akta Syarikat Labuan 1990;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 877
13. mana-mana syarikat amanah Labuan, syarikat amanah diurus Labuan dan syarikat amanah persendirian Labuan yang masing-masing dilesenkan atau didaftarkan di bawah seksyen 61, 71 atau 74 Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;
14. mana-mana amanah Labuan yang diwujudkan di bawah seksyen 8
Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554] dan mana-mana amanah Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 105 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
15. mana-mana orang yang mengendalikan sistem pembayaran Labuan yang diluluskan di bawah seksyen 171 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 atau seksyen 136 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Islam Labuan 2010;
16. mana-mana bursa yang diluluskan di bawah seksyen 134 Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; dan
17. mana-mana yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4
Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706] atau mana-mana yayasan Islam
Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 107 Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
Bahagian II
PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN SEKATAN TERHADAP
PEMBERIAN PENGIKTIRAFAN, RELIEF, DSB., DALAM
HAL KEADAAN TERTENTU
1. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan, jika dan setakat yang pengiktirafan, relief, relief yang diubah suai, kerjasama atau penyelarasan itu akan, dalam hal prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
adalah dilarang menurut kuasa—
seksyen 42, 44, 194 atau 195 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
seksyen 52, 54, 206 atau 207 Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013;
seksyen 25, 26, 65, 91 atau 204, dan Bahagian VII atau IX
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011;
Penggal 2 Bahagian II Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau
Akta Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak
(Pesawat Udara) 2006 [Akta 659];
Insolvensi Rentas Sempadan 35
mengganggu atau tidak selaras dengan kemuktamadan pembayaran atau perkiraan penghasilan bersih di bawah Penggal 3 Bahagian IV
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 3 Bahagian V
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; atau
mengganggu atau tidak selaras dengan kebolehkuatkuasaan peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak berkenaan dengan transaksi kewangan yang layak sebagaimana yang ditakrifkan dalam atau ditetapkan di bawah Akta Penghasilan Bersih Perjanjian
Kewangan 2015 [Akta 766].
2. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya Bank Negara Malaysia—
menentukan langkah-langkah di bawah perenggan 31(1)(a) Akta Bank
Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang pada pendapat Bank Negara
Malaysia akan menyumbang kepada daya tahan sistem kewangan atau mengehadkan penumpuan mana-mana risiko kepada kestabilan kewangan;
mengeluarkan suatu perintah secara bertulis di bawah perenggan 31(1)(b)
Akta Bank Negara Malaysia 2009, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang Bank Negara Malaysia berpendapat perlu atau wajar untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan; atau
menjalankan kuasanya di bawah seksyen 32 Akta Bank Negara
Malaysia 2009 bagi maksud mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Bank Negara Malaysia.
3. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan suatu arahan secara bertulis di bawah seksyen 31zg Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993
[Akta 498] untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 877
4. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan telah mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 4b
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545], untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan untuk melaksanakan objektifnya di bawah subseksyen 3(2) Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996, termasuk langkah-langkah yang perlu bagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di Labuan, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan.