Malaysia legislation
Section 8
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 8
“Pemberitahuan tentang perubahan status penerbangan
(1)
Bagi maksud perenggan ini, “perubahan status penerbangan”
ertinya—
(a)
pembatalan sesuatu penerbangan;
(b)
kelewatan selama tiga puluh minit atau lebih dalam waktu perlepasan yang dijadualkan bagi sesuatu penerbangan;
(c)
pemberhentian laluan; atau
(d)
penjadualan semula penerbangan.
(2)
Syarikat penerbangan hendaklah memastikan bahawa terma dan syarat am kontrak pengangkutan hendaklah mengandungi obligasi untuk memberitahu pengguna tentang apa-apa perubahan status penerbangan.
(3)
Sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah memberitahu pengguna dan memberikan maklumat kepada orang ramai tentang apa-apa perubahan status penerbangan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan sehingga Suruhanjaya berpuas hati.
(4)
Bagi maksud subperenggan (3), hendaklah menjadi kewajipan syarikat penerbangan yang beroperasi untuk menunjukkan bahawa pengguna telah diberitahu dan orang ramai telah diberikan maklumat.
P.U. (B) 345 6
(5)
Syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah, jika diminta oleh pengguna yang terjejas oleh pembatalan sesuatu penerbangan atau kelewatan selama tiga puluh minit atau lebih dalam waktu perlepasan yang dijadualkan bagi sesuatu penerbangan, memberikan pengguna itu suatu surat berkenaan dengan pembatalan atau kelewatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh permintaan.
(6)
Walau apa pun subperenggan (3)—
(a)
dalam hal suatu pemberhentian laluan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah memberitahu pengguna dan memberikan maklumat kepada orang ramai tentang pemberhentian itu dalam tempoh satu bulan sebelum tarikh pemberhentian itu; dan
(b)
dalam hal suatu penjadualan semula penerbangan selama tiga jam atau lebih sebelum atau selepas waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah memberitahu pengguna tentang waktu perlepasan baharu apabila penjadualan semula itu telah ditentukan atau sekurang-kurangnya dua puluh empat jam dari waktu perlepasan yang dijadualkan.
(7)
Apabila berlakunya sesuatu perubahan status penerbangan yang mengakibatkan penerbangan itu tidak lagi tersedia, syarikat penerbangan yang berkontrak itu hendaklah mengeluarkan dengan serta-merta penerbangan itu daripada sistem tempahan dalam talian dan memberhentikan semua tempahan atau jualan penerbangan.
(8)
Jika penerbangan yang disebut dalam subperenggan (7) dijual melalui ejen pelancongan atau melalui mana-mana portal pelancongan, syarikat penerbangan yang berkontrak itu hendaklah memastikan bahawa penerbangan
P.U. (B) 345 7
tersebut dikeluarkan dengan serta-merta daripada semua sistem tempahan dan memberhentikan semua tempahan atau jualan penerbangan itu.”.
Perenggan baharu 8A